Mek Google

Thursday, November 29, 2012

Lempeng & Daging Thai Green Curry

Salam & Selamat Pagi,

Semalam mama puasa...sempat lah buat daging masak Thai Green Curry untuk berbuka..dah lama difikir-fikir untuk cuba membuat sendiri. First time makan kat restaurant Jejari di Kelana Jaya rasa sedap pulak...:D

Mama search resipi kat blog cik mat gebu lah..biasa rujuk kat situ je senang...tapi sukatan mama main hentam je...payah la selalu nak kena refer berapa sukatan..cukup setakat tahu apa bahan nya...lepas tu pandai-pandai lah rasa kan..yang mana nak lebih atau kurang...:D


Bahan-bahan utama:

1/2 kilo daging
Sekotak kecil santan segera Kara.
2 biji terung bulat hasil kebun mama dipotong 4 bahagian
2 biji tomato hasil kebun mama dipotong 2 bahagian
Setengah batang carrot dipotong memanjang
2 tangkai selasih (anggaran segengam)
1 biji cili jalapeno dipotong menyerong
1 cawan air 
Separuh biji perahan lemon 
3 sudu kecil sos ikan
1 batang serai (size yang besar)
2 helai daun limau purut

Bahan-bahan kisar:

5 biji cili hijau hasil kebun mama
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
sebesar ibu jari halia & lengkuas
1 setengah pokok ketumbar sekali dengan akar
sedikit belacan
1 batang serai dihiris halus
ketumbar, jintan, dan lada sulah mama guna yang serbuk aja...1 sudu kecik setiap satu bahan
sedikit air

Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan serai, daun limau purut, daging, sos ikan dan perahan limau. Perlahan kan api.
3. Masukkan air dan biarkan daging empuk.
4. Masukkan santan, garam dan gula dan biarkan mendidih
5. Masukkan terung bulat & carrot
6. Selepas 10 minit agak-agak terung & carrot dah lembut, masukkan daun selasih, perahan limau, cili  jalapeno, dan akhir sekali tomato.
7. Biarkan sebati selama 10 minit. Matikan api.

Dan pagi ni reheat green curry ni untuk dimakan dengan lempeng..sangat sedap!


4 comments:

  1. Green thai curry nie utk vege ker sahaja..ingatkan utk daging... at least blh guna sayuq kebun tuh...tp saya kureng gemar sayur buat ms nie...2/3 hari lepas buat lempang gak..cicah gula jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kalau kt kedai sy mkn tu lg byk sayur..kcg panjang, ketiak jagung..ada org buat dgn terung pipit..n kuah dia ptt nya hijau lg..sbb daun ketumbar mmg byk..tapi sy kurangkan heheh..bau mcm tomyam skit..

      biasa gitu la cicah gula..tp ni ada balance2..klu tak mkn kang jd teman cik tong sampah

      Delete
  2. sedap nampak... tak pernah makan dan buat green kari ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah k.mar...klu yg suka masak tomyam & masak kurma..green curry sure akan jd feveret hehehe

      Delete