Mek Google

Loading...

Saturday, June 8, 2013

Apa Yang Berlaku...

Assalamualaikum...salam sejahtera,

Selepas hampir sebulan bukak tutup perkarangan blog...hari ini cuba jugak menulis...harap-harap berjaya sampai abis...:D

Ok hmmm sebelum mood yang pelik itu datang...mama nak update hal-hal berikut:

1. Yes, mama disahkan pregnant kali kedua...minggu depan 3 bulan...baru jer pegi check up semalam dengan doktor...dan buat buku merah..alhamdulillah this time terus dapat sticker putih....due date pada 5hb Januari 2014...:D 

Test sendiri after lewat sebulan 2 minggu...heee

2. Yahuuuu...pokok bunga lily peach yang k.mar bagi tahun lepas berjaya berbunga...walaupun mama tak daya nak amik tahu tentang hidupan di laman rumah. Berbunga jugak!


3. Last hasil yang dituai..bayam merah autumn...sebulan lebih dah kut...mama tuai...tapi mama tak sempat merasa pun...tuai pertama kali mama bagi pada officemate..lepas tu entah tak tertuai...rasanya dah tua bangka kut bayam tu.


Lain lain hasil tak ada kut nya...sebab semua semaian baru sebelum ni...hanya tinggal pasu kosong...hihihih sangat tak daya...nak suruh assistants yang ada macam tak perlu...lagi baik diorang cover kerja rumah yang lain. Lagi pun tak daya nak masak...hmmm tak daya ke malas ke entah lah...

Okey lah itu serba sikit cerita nya...ada cerita lagi akan diolah ke dalam ni...taaaaaaaaaaaaaaa...:D

Monday, May 13, 2013

Jambu Batu @ Guava

Salam Dihari Isnin,

Okey ini mama nak tepek beberapa gambar jambu batu yang ditanam oleh atok Naufal...dah lebih 10 tahun kut usia pokok jambu ni...hmm tak pasti lah mama cuma yang pastinya buahnya sangat sedap! kali ni banyak pulak berbuah...biasanya berebut dengan pak kera...suka sangat petik semasa buah jambu masih kecik...kali ni tak nampak pulak diorang ni..mungkin dah berhijrah ke tempat lain. 

Aktiviti petik dan membalut buah jambu yang masih muda ni dilakukan pada petang Jumaat lepas....mama tolong tunjuk aja mana buah yang dah besar..lepas tu tolong makan dengan kuah rojak Mak Bee..nyummm!




Atok Naufal balut buah nya dengan beg plastik untuk elak disuntik serangga perosak...tapi heran jugak..walaupun dibalut ada 2-3 biji telah digigit sebelah sahaja oleh musang..tapi pembalutnya masih elok..dah buah ditinggalkan dalam plastik beg elok masih tergantung..adakah musang pandai membuka plastik beg? Entah lah...:D 

Ini hasilnya pada petang itu...:D

Rezeki kami...alhamdulillah..:D

Semalam khas hari Ibu yer..nampak ramai wishes for Ibu...mama confuse hari apa sebenarnya hari Ibu ni....heheh..tapi suka jugak tahun ni tiba-tiba dapat combine celebrate Hari Ibu & Hari Kelahiran mama di bumi Allah....alhamdulillah....dan rasa-rasanya Allah kurniakan sesuatu untuk mama sekeluarga...doakan semuanya selamat & dipermudahkan urusan mama...amin..:D

Friday, May 10, 2013

Capsicum Merah Kuning

Assalamualaikum,

Dari berpuluh-puluh cambahan yang muncul...hanya beberapa anak pokok capsicum yang berjaya hidup dan membesar hari demi hari...mama alihkan anak pokok capsicum ni pada banyak tempat..antaranya ke dalam botol mintak...botol air mineral...dalam pasu..dan juga terus pada batas. Ada lah 5-6 anak pokok dah jadi arwah..ditangan awang Naufal...Selebihnya mama edarkan kepada rakan sepejabat yang berminat untuk cuba menanam.

Masuk minggu ini..usia pokok-pokok ni sudah sebulan 2 minggu. Mama dah bajakan sebanyak 2 kali dengan baja tahi ayam dan semburan HB 101. 

Anak pokok yang ini mama paling suka

Di patch ni ada 8 anak pokok...tapi 2 anak pokok dihujung sebelah sana ketot macam dah terbantut

Ini yang berada dalam botol mineral

Di barisan patch ni ada 3 anak pokok...hidup membesar dengan sekata sesuai kut dengan tanah.

Untuk pelbagaikan pokok lada/cili di laman kebun, mama ada semai beberapa biji cili solok, cili kulai king dan cilipadi jenis panjang. Tapi buat masa sekarang belum bercambah..akan dikongsikan cerita..jika semuanya berjaya hidup...:D

Ini pokok capsicum terdahulu...setelah patah..masih tumbuh tapi condong...nampak tengah berusaha berbuah...:D 

Ini mama tak pasti cili jenis apa...asalnya tumbuh sendiri dalam pasu Kailan..mama alihkan..sudah berbuah 3 biji..tapi buahnya kerekot dibawah..kenapa yer..terlebih baja kah?

Thursday, May 9, 2013

Kailan Tokyo Mari

Assalamualaikum..kali ini mama rekodkan hal peribadi Kailan Tokyo..:D

Setelah berjaya dengan Kailan Organik dari Kebun Bahagia Bersama, mama memulakan projek semaian biji benih dari Tanamsendiri pula. Oh ya sebelum itu...Kailan Organik in shaa allah minggu depan boleh tuai...yippie..:D

Okey awalnya mama merancang untuk tanam secara berterusan biji benih Kailan yang ada ni...supaya sentiasa dapat makan Kailan...tapi mama merancang, Allah yang tentukan...dari amatan mama...Kailan Tokyo ini mungkin tak tahan panas..jadi pertumbuhan nya tidak seperti Kailan Organik atau Kailan lain yang mama semai sebelum ini..agak lambat...:D 

Proses percambahan macam biasa mudah sahaja..hanya mengambil masa 2 hari. Mama semai pada 06.04.2013. Pada 08.04.2013 ianya bercambah dan selang 5 hari mama alihkan pada pasu dan window box. Kini setelah sebulan selepas bercambah pertumbuhan nya agak lambat, hanya mengeluarkan 3-4 daun sebenar dan bersize kecil. Daun nya kelihatan bulat dan kurang bergerigi. Mungkin ini sifat-sifat Kailan Tokyo.

Bila masuk waktu tengah hari..anak pokok akan layu

Solo berada dalam pasu ceramic

Gambar di atas ketika berusia sebulan. Anak pokok Kailan Tokyo hanya tinggal 4 pokok dari 12 biji benih yang disemai. Ada 3 cambahan masih berusaha ke peringkat anak pokok...dan yang lain sudah arwah ditogelkan oleh pemangsa misteri. Banyak kali mama alihkan bekas-bekas semaian Kailan Tokyo ni..untuk suaikan diri mereka dengan cahaya...Akhirnya mama letakkan di belakang rumah dibawah rimbunan pokok lengkuas..harap-harap sesuai lah mereka di situ. Next...mama dah semai beberapa biji benih Kailan Hong Kong dan Kailan F1...:D