Mek Google

Thursday, March 28, 2013

Membesarkan Rosemary

Since beli keratan rosemary ni dari blog Tanamsendiri...pertumbuhan nya sangat lah perlahan..sudah 2 kali mama tukar pasu dan struktur tanah...tapi tetap ketot sahaja..wonder jugak bila nak memanjang tinggi macam yang dijual di nursery....mama letak rosemary ni dibawah porch yang mana hanya dapat cahaya pagi sekejap...kemudian akan redup sampai ke petang.

Setelah google sana sini...alahai patut la malu nak membesar rupanya rosemary memerlukan cahaya matahari yang banyak dan suhu yang kering untuk membesar. Adoi, mama fikir ianya herba yang manja perlukan cahaya yang minimal. Silap rupanya. Jadi mama alih lah ke tempat yang mendapat full sun....adeh penat weh mama duk bela rosemary ni...patut la ketot saja...okey kita tunggu sebulan dua lagi apa jadi...risau jugak dengan suhu sekarang ni panas lit lit!

Wednesday, March 27, 2013

Tuaian March 2013

Assalamualaikum,

Ini sahaja yang dapat dituai kali ini...kailan (nak buat kailan ikan masin..terliur ummuaidan punya) campur dengan bendi...terung mama dah celur makan dengan budu dan ikan bakar tawar...bertambah-tambah nasi...:D

Terung banyak berbuah..5-6 biji satu pokok..tapi buahnya makin kecil..tak sebesar dulu...pokok nampak segar lagi...sayang lah pulak nak buang.


Tuesday, March 26, 2013

Lily Di Laman Mama

Assalamualaikum,

Masih ingat tak beberapa bulb Lily Peach yang diberikan oleh rakan kebun - Kak Mar pada akhir tahun lepas. Setelah kesemua bulb kelihatan hidup subur di dalam pasu, mama alih pada tanah supaya dapat berkembang dengan lebih selesa dan mendapat cahaya yang cukup.


Pokok-pokoknya hidup bahagia di laman rumah ni..daun semakin banyak..cuma masih tak berbunga.


Mama kira sudah hampir 4 bulan ditanam. Melalui pembacaan mama mengenai bunga Lily, ianya berbunga selepas 3-4 bulan ditanam. Mungkin proses perkembangannya terganggu disebabkan mama tidak membaja selepas dialihkan. Jadi mama bajakan dengan baja tahi ayam sesudu kecil dan baja pink untuk bunga setengah sudu kecil.


Manakala yang ini pula mama berjaya dapatkan satu pasu pokok Lily dari nenek Naufal...mungkin warna putih tapi tak dapat dipastikan..sebab dah lama tak berbunga. Kalau berbunga cantik takkan mama dapatkan!..okey mama sahut cabaran akan bungakan pokok lily ni. Next target untuk dapatkan yang color MERAH pulak!

Okey disebabkan mama tengok serabut dalam pasu tu..jadi mama pecahkan kepada 2 bahagian. Sebahagian darinya mama tanam direct pada tanah sebaris dengan Lily Peach. Selepas seminggu, keadaan pokoknya kelihatan stable, mama bajakan dengan tahi ayam.

Harap-harap next entry dapat update keadaan Lily apabila berbunga...:D

Monday, March 25, 2013

Cak! Gladioli Dah Berbunga

Suspen kan apa lah color cik Gladioli ni...hari-hari mama tinjau..rasa nak jer kelebek kelopak tu tapi risau akan mencederakan bunga....sangat bersabar menunggu...akhirnya petang Khamis nampak la sikit...sikit jer..mama berkata dalam hati..."oooo ini rupanya color ko eh"...senyum takyah cakap lah..memang berbunga-bunga dalam hati sebab bangga dapat tanam bunga yang cantik...tapi mama tak sempat nak snap picture..sebab kalut nak ke rumah nenek Naufal..malam ada tetamu jauh nak datang..kena cepat untuk prepare dinner...

Okey pada pagi Jumaat lepas...1st thing haruslah tengok Gladioli dulu...ha memang sah colornya..dah keluar menampakkan diri..cuma tak keluar beralun-alun jer...time ni wajib lah amik gambar nya...:D

Color MERAH..hari kedua

Hari ketiga...dah start beralun

Hari keempat..kelopak atas je tak keluar lagi

Alhamdulillah yang pertama dah menjadi...tunggu yang kedua & ketiga pulak...yang keempat tumbuh tapi layu dah..tak tahu la apa masalahnya...kelima keenam nampak gaya macam tak menjadi....sebab tak tumbuh-tumbuh....mama ada soalan ni..sesiapa rakan kebun yang ada experience dengan gladioli ni mintak tolong tunjukkan..mama budak baru belajar...:D

1. Elok ke kalau biar jer bulb yang tak tumbuh-tumbuh tu dalam tanah..perlu ke dikorek dan dikeringkan semula?
2. Bunga gladioli ni tahan berapa lama?
3. Macam mana cara nak keringkan bulb setelah berbunga?

Sekian terima kasih atas segala tunjuk ajar yer..:D

Sunday, March 24, 2013

Taugeh & Periuk Kukusan

Kali ni mama membela taugeh dalam penyejat periuk kukusan inpirasi dari ummuaidan & kak puteri purnama...tapi halfway jelah..sebab bahan nya belum lengkap..baldi merah takde mama alternate dengan besen merah...jaring takde..mama alternate dengan periuk kukusan..hehhe boleh la kan..

Periuk kukusan mama ni size cute jer..jadi muat-muat dengan besen kecik...tindan je penyejat pada besen taruk air sikit..pastu tutup dengan tuala kecik...selepas 3 hari...taraaaa

Sebahagian yang dah meninggi.

Berselirat akarnya keluar dari lubang penyejat


Cuma hasilnya tak seputih, segemok dan segebu yang ummu & kak puteri bela...agak kurus..dan tak tahu kenapa kepalanya ada jadi color pink....

Saturday, March 23, 2013

Medium Semaian Mama - Part 2

Selamat Pagi...waaaaa rasa ceria semacam hari ni..sebab datang keje dengan lancar nya...sebab? sekarang dah start cuti sekolah! Jalan sangat clear! Pukul 8 pagi dah ada dimeja office..record for this year hahahha..:D

Okey mama tak ada apa nak cerita..cuti sekolah pun takde plan nak kemana-mana...kerja seperti biasa...cuma semalam mama berjaya siapkan semua medium semaian..lega..settled semuanya..sekarang tunggu tanah sebati dulu dengan campuran bahan sisa dan baja..sementara itu..mama dah start menyemai benih pada tanah yang dah ok...semalam mama semai sedikit capsicum, kailan, bendi kampung dan terung panjang.

Progress membaik pulih tanah semaian mama semalam bermula dari 7.45 pagi sampailah 10.30 pagi..:D

Patch dah digemburkan tanah..mama tabur pellet tahi ayam & serbuk soil conditioner..itu ada sawi hong kong yang tua..dah berbunga..fikir nak try simpan benih nya. Kesemua patch bahagian ni dipenuhi ulam raja..jadi mama cabut lah nampak semak. 3-4 pohon lada besar tak menjadi diserang bena...pun terpaksa dibuang..

Samalah bahagian ni pun..dulu kat tengah tu ada pokok petola segi..dah kering kontang...mama buang jugak..tinggal lah pokok rambutan rasanya..tumbuh mungkin ada orang buang biji masa majlis akikah Naufal aritu.

Patch ini nanti plan nak tanam terung, carrot dan bendi..itu ada sepokok ulam raja yang sehat..mama tinggalkan dia hidup kat situ

Area ni mama tak reti nak trim sebab takut terkena pokok ubi keledek dan kunyit. Pokok cempedak mama tu nampak macam tak sehat kan..kuning je..

Pandangan keseluruhan patch belakang umah...tinggi kan lalang sebelah tu...kadang bunyi-bunyi benda bergerak..itu yang tak berani nak buat keje malam hari.

Ini bahagian tepi rumah yang dah disiapkan sebelum ni...itu 1 beg plastic hitam kumpul rumpai

Bahagian ni belum settled trim rumput dan cuci tahi burung....mentang-mentang tuan rumah kurang berada dirumah...bukan main diorang berpesta membuat jamban disisi tingkap!

Assalamualaikum next tunggu benih bercambah...setakat ni yang dah bercambah adalah benih bunga matahari.

Friday, March 22, 2013

Medium Semaian - Part 1

Selepas seminggu demam, mama curi-curi masa membaik pulih dan menyediakan medium semaian baru. Biasanya mama akan curi masa dalam pukul 6.30 petang atau 9 malam...tercongok macam hantu bungkus gelap-gelap hari..mengembur tanah...heheh punya lah gila nak berkebun kan..apa-apa lah asal bahagia. Pernah mama tiba-tiba ditegur oleh jiran "malam-malam pun berkebun" hahaha punya la jantung tersentap sebab terkejut...haha tak sedar bila masa makcik tu keluar umah...:D

Pelan patch kebun hehehe...yang ada dot hitam tu yang dah settled baik pulih tanah..mama takut pulak nak duduk congok malam-malam..sebab belakang tu semak..rumah tak berpenghuni.

Okey back to topic...mama sediakan medium semaian dengan mengembur tanah yang sedia ada aja...kena la buat treatment dulu kan? Mama campurkan dengan soil conditioner (dibeli dari en Iskandar - Tanamsendiri.com), baja cacing, baja  tahi ayam, dan bahan sisa dapur seperti kulit telur, lebihan nasi, kulit bawang, sayur-sayur yang lembik dan tua, sisa teh, sisa ikan dan kulit udang.


Ini tanah yang pertama siap buat treatment 2hb lepas...mama dah semai benih matahari (teruja tengok sunflower kak Puteri Purnama)..cuba dengan benih dari pokok yang tanam sendiri..entah jadi ke tak...:D

Ini yang kedua dibuat pada 2hb jugak...masih belum decide lagi apa nak semai dalam ni..

Yang ini fikir nak semai cili capsicum yang dikeringkan sendiri..capsicum yang digunakan untuk hias hidangan pengantin..sayang pulak buang macam tu je...:D

Semua bahan ni gaulkan sekali...sekali sehari ada la mama siram sikit taknak bagi kering sangat tanah nya.....in shaa allah tanah-tanah ni semua boleh la kembali kaya dengan nutrien...:D

Ini dulu tempat tanam petola..fikir nak cuba tanam timun dengan ulam raja yang berselerak tumbuh merata-rata..area depan umah pun ada..mungkin benih dibawa angin atau burung.

Ini dulu patch bendi, bawang, ketumbar dan pokok tomato...tinggal hanya bendi & bawang tu pun segan-segan je nak hidup. Baik pulih dengan baja tahi ayam dan soil conditioner..banyak jumpa cacing gemok-gemok...nanti fikir nak tanam bayam kat sini..penuhkan patch

Ini pun sama mama baik pulihkan dengan baja tahi ayam dan soil conditioner. Bahan sisa dapur dah abis..sebab seminggu ni jarang masak..:D Fikir nak tanam tatsoi atau pun kobis cina. Elok kut boleh buddy system dengan lemon basil..lagi pun redup sikit dilindungi pokok terung. 

Ini kompos dalam process...bahan sisa dapur dah abis...:D

Tinggal area belakang umah sahaja yang masih belum terusik...sangat semak...dua tiga hari ni lah kut boleh sambung buat perlahan-lahan. Ikutkan jadual akhir bulan ni boleh la mama start menabur budi pada tanah-tanah mama ni..:D

Pilihan benih untuk kerja-kerja menyemai...target 5 jenis setiap bulan.

okey next episode kita tengok apa yang jadi...assalamualaikum...:D

Thursday, March 21, 2013

Inventory Terkini

Ini inventory terbaru yang masuk warehouse kebun mama....masuk dalam tupperware je..hehehh inventory lama pun tak bergerak lagi...ada duk sejuk dalam peti ais..ayah Naufal cakap ini bukan berkebun dah ni...kemaruk benih dah ni....huhuh

Ini benih bendi kampung dengan benih bayam malabar yang dikeringkan sendiri. Mama tengah tunggu bendi emas pulak untuk dikeringkan.

Ini benih-benih pelbagai yang dibeli dari blog KebunBahagiaBersama...yang sampai awal bulan ni. Then mama dapat benih kongsi Rose Geranium. Tukangkebun macam tau-tau je mama mau tanam rose..sangat suka! Thanks Diana. 

Ini pulak benih-benih pelbagai dari blog Tanamsendiri yang sampai semalam. Dengan tak malu mama mintak benih kongsi yang terlepas February..heheh walaupun mama membuat pembelian pada bulan Mac...terima kasih en. Iskandar

Ini benih set Koleksi Eksotik Kailan..pelbagai jenis kailan juga dari blog Tanamsendiri. Mujur ada lagi...punyalah mama tahan diri jangan beli semasa mula-mula en Iskandar pada awal February lepas...kata orang kalau dah rezeki tak kemana kan...:D

Okey akhir bulan ni in shaa allah tanah dah ready akan disemai apa yang patut dulu...rasanya batch pertama rose..bayam..kailan dan tatsoi!

Nanti kita update lagi...assalamualaikum...:D

Tuesday, March 19, 2013

Gladioli Sudah Bertunas!

Salam,

Alhamdulillah..bertunas juga remaining gladio mama...4 biji kesemuanya....mama tanam dalam pasu pada 2hb lepas setelah direndam dalam air selama 3 hari....cuma 1 biji lagi masih mengharap...in shaa allah ada rezeki hidup lah tu..:D

Gambar pada 18hb sudah berusia 5 hari.

Disemai dengan menggunakan tanah hitam, pasir, & sedikit tanah bukit. Berada disebalik tong air..jadi terlindung dari cahaya matahari sedikit.

Disemai dengan menggunakan tanah bukit & pasir. Berada ditengah laman...mendapat full sun dari pagi sehingga petang.

Disemai dengan menggunakan tanah hitam, pasir & sedikit tanah bukit...berada sebaris dengan pokok bunga kertas. Mendapat cahaya pagi & petang sekejap.

Disemai menggunakan tanah pasir & tanah bukit. Menerima cahaya pagi sahaja. (belum bertunas lagi)

Walaupun semai pada masa yang sama...tapi pertumbuhan mereka berbeza..ini disebabkan kawasan yang diduduki dan perbezaan komposisi tanah. Dengan berpandukan maklumat yang diberikan oleh tukang kebun (Kebun Bahagia Bersama) mama sengaja letak pada tempat berbeza...nak tengok tempat yang macam mana lebih sesuai...:D

Ini status gladio pertama mama..sudah ada kelopak tapi bunganya belum muncul. Agak-agak dengan umur macam ni sesuai tak mama taruk baja bunga pada gladio ni supaya lebih banyak bunga?

Wednesday, March 13, 2013

Jom Ke Ladang Unta

Salam & Selamat Pagi,

Ini kenangan di ladang unta...mama ada beli susu unta sebotol kecik..try seteguk..sedap tak hamis pun...memang boleh telan lah bagi mama yang tak gemar susu ni...hehhe tapi ayah Naufal abiskan semua sebotol tu...ada juga yang beli berbotol-botol taruk dalam fridge bekukan untuk bawa balik ke Malaysia..mama tak pasti macam mana diorang melepasi imegresen. Jom kita tengok unta...heheh

Tengah tahan bau najis unta..hehhe

Unta-unta tengah makan


Ini saudagar unta demam tengah tak ada mood

Tuesday, March 12, 2013

Setapak Melangkah...:D

Salam Ceria,

Alhamdulillah, masuk setahun 3 bulan, Naufal berjaya berani kan diri menapak perlahan-lahan. Mungkin excited ramai orang di rumah Cik Wa...Naufal mendapat semangat untuk berjalan. Ironinya, anak sepupu mama pun sama..Tengku Mohammad Muqri pun mendapat semangat untuk berjalan setelah berusia setahun 3 bulan apabila berada di Kuala Lumpur di rumah Ayah Long nya untuk majlis pertunangan pakcik Naufal sebelum ini. Keduanya mula berjalan apabila dibawa berjalan ke Kuala Lumpur untuk persiapan majlis pakcik Naufal.....:D

Pening tak tahu hala nak ke mana..:D

Jumpa kawan...sama tahun lahir 2011 lain bulan aja..

Naufal & Ku Muqri..

Naufal sedang makan papadom

Tapi mungkin terlampau excited dapat berjalan..semasa on the way balik dari majlis..badan Naufal sangat panas..dan lagi haru sempat muntah di sebuah kedai makan..huhuh sorry tuan kedai...sangat kelam kabut dibuatnya...(huhu nasib baik Naufal muntah atas baju ayah heheheh)...sampai di rumah mama check temperature 38.8 celsius..tinggi jugak! Untuk record ini kali kedua Naufal demam..pertama bila mula nak tumbuh gigi - (Demam Pertama)

Monday, March 11, 2013

Tempoh Menanam Sayuran - Part 4

Tanaman:
Lobak Merah aka Carrots - 5 bulan setengah dapat tuai hasil yang tak menjadi. (Tapi ikutkan tempoh sebenarnya 2-3 bulan dah boleh tuai)


Masalah:
Daun diserang sang arnab dan sang belalang. Pertumbuhan carrots terbantut.

Cara atasi:
Daun kembali tumbuh dan mama pasang jaring disekeliling patch pokok carrots untuk elak dari arnab.

Tanaman:
Kacang Buncis - 2 bulan dapat tuai hasil

Masalah:
Cabaran mencambahkan benih. Benih dicuri burung dan semut.

Cara atasi:
Belum dikenal pasti lagi caranya. Redha rezeki mereka.


Tanaman:
Kangkung - 3 minggu dapat tuai.

Masalah:
Daun diserang sang belalang

Cara atasi:
Sembur cecair campuran minyak & sabun pencuci.


Tanaman:
Kacang Panjang - Sebulan setengah dapat tuai hasil

Masalah:
 - Tiada masalah cuma hasilnya tak gemok..keding! 


Ini semua record untuk tanaman sebelum ini...in shaa allah bulan 4 ni..selepas urusan majlis pakcik Naufal selesai.....mama nak start menyemai benih yang baru dibeli dari blog Kebun Bahagia Bersama & Tanamsendiri....recycled container pun mama dah kumpul sikit-sikit...haih tak larat la nak beli pasu..:D

Friday, March 8, 2013

Kenangan Di Mekah

Salam

Kenangan ringkas di Mekah.

Selepas tawaf umrah pertama

Kiblat kita..Kaabah

Perkarangan Masjidil Haram selepas solat Isyak

Dalam Masjidil Haram sementara menunggu solat Asar

Perkarangan Masjidil Haram menuju ke hotel selepas solat Subuh

Selesai Saie

Area burung merpati...banyak sangat...:D