Mek Google

Loading...

Monday, March 11, 2013

Tempoh Menanam Sayuran - Part 4

Tanaman:
Lobak Merah aka Carrots - 5 bulan setengah dapat tuai hasil yang tak menjadi. (Tapi ikutkan tempoh sebenarnya 2-3 bulan dah boleh tuai)


Masalah:
Daun diserang sang arnab dan sang belalang. Pertumbuhan carrots terbantut.

Cara atasi:
Daun kembali tumbuh dan mama pasang jaring disekeliling patch pokok carrots untuk elak dari arnab.

Tanaman:
Kacang Buncis - 2 bulan dapat tuai hasil

Masalah:
Cabaran mencambahkan benih. Benih dicuri burung dan semut.

Cara atasi:
Belum dikenal pasti lagi caranya. Redha rezeki mereka.


Tanaman:
Kangkung - 3 minggu dapat tuai.

Masalah:
Daun diserang sang belalang

Cara atasi:
Sembur cecair campuran minyak & sabun pencuci.


Tanaman:
Kacang Panjang - Sebulan setengah dapat tuai hasil

Masalah:
 - Tiada masalah cuma hasilnya tak gemok..keding! 


Ini semua record untuk tanaman sebelum ini...in shaa allah bulan 4 ni..selepas urusan majlis pakcik Naufal selesai.....mama nak start menyemai benih yang baru dibeli dari blog Kebun Bahagia Bersama & Tanamsendiri....recycled container pun mama dah kumpul sikit-sikit...haih tak larat la nak beli pasu..:D

12 comments:

  1. Hehe gelak je membaca hasil kacang panjang keding. Saya punya pun sama. Kacang panjang renrk memang cam tu kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. disebabkan sy tak ada masa nak tuai...ada jugak kacang yang tua..tapi bila ditelek kacang yang tua ni rupa bentuknya macam kacang buncis pulak hehhe

      Delete
  2. salam nadia, kesian pulak tgk tuaian karot tu...kemetot..hehe..tp kangkong tu nmpk mcm subur je..jgn risau ada cabaran baru la kick!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul..sy tak sabar abiskan majlis semua perkara yg penting2 ni...bln 4 dah free in shaa allah boleh gardening hehe

      Delete
  3. carrot tuh kan sy rs sebenarnya tak berapa sesuai untuk cuaca tropika cam tpt kita sb itulah hasil tak berapa baik..sy pun dah resign menanam carrot..yg kangkong tuh kalau ditanam dlm bekas yg lebih besar..sure blh dpt byk lagi tuh...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm tapi benih carrot ni banyak lagi....mcm2 baka..lupa dah apa jenis nyer..semai jelah heheh..

      Delete
  4. Sama la,saya pun tak larat nk beli dah container...last2 saya g kedai yang jual ikan dan sayur tu saya mintak derang bagi ada banyak pulak tu.

    Nak menanam ni kene la rajin membaja bagai kan. Baru dapat hasil yang memuaskan... tp part nk berperang dengan aphid tu alahai.......sampai rasa nk terjabut jari2 ni spray. hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dh kumpul botol mineral hehhe..ni nak cari kotak gabus pulak...:D
      capsicum sy pun dh start kena serang dgn aphid

      Delete
  5. aha..i have the same problem with u regarding the carrot & french bean! carrot memang tak nampak rootnya, urs one dah kira much better compared mine. french bean memang asyik kena curi ja. have to cover with sth. But always tak bercambah one

    ReplyDelete
    Replies
    1. olive i rasa nak try cara "gerdener" from My Experimental Garden yg lindung benih dengan recycled container tu...:D

      Delete
  6. yup. lynn pun dah serik tanam carrot. lansung x menjadi. instead beli pasu, cuba beli polibag hitam atau putih yg kat nurseri tu. Yg besar dlm 30 sen jer..rasanya itu lebih sesuai tuk pokok2 mcm lada, tomato, terung. Kalau pasu paling murah RM3.50 satu....bangkrap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup polibag itu pun ada terfikir nak guna...tgh cari yg color putih berseri skit rumah hehehe

      Delete