Mek Google

Loading...

Friday, March 22, 2013

Medium Semaian - Part 1

Selepas seminggu demam, mama curi-curi masa membaik pulih dan menyediakan medium semaian baru. Biasanya mama akan curi masa dalam pukul 6.30 petang atau 9 malam...tercongok macam hantu bungkus gelap-gelap hari..mengembur tanah...heheh punya lah gila nak berkebun kan..apa-apa lah asal bahagia. Pernah mama tiba-tiba ditegur oleh jiran "malam-malam pun berkebun" hahaha punya la jantung tersentap sebab terkejut...haha tak sedar bila masa makcik tu keluar umah...:D

Pelan patch kebun hehehe...yang ada dot hitam tu yang dah settled baik pulih tanah..mama takut pulak nak duduk congok malam-malam..sebab belakang tu semak..rumah tak berpenghuni.

Okey back to topic...mama sediakan medium semaian dengan mengembur tanah yang sedia ada aja...kena la buat treatment dulu kan? Mama campurkan dengan soil conditioner (dibeli dari en Iskandar - Tanamsendiri.com), baja cacing, baja  tahi ayam, dan bahan sisa dapur seperti kulit telur, lebihan nasi, kulit bawang, sayur-sayur yang lembik dan tua, sisa teh, sisa ikan dan kulit udang.


Ini tanah yang pertama siap buat treatment 2hb lepas...mama dah semai benih matahari (teruja tengok sunflower kak Puteri Purnama)..cuba dengan benih dari pokok yang tanam sendiri..entah jadi ke tak...:D

Ini yang kedua dibuat pada 2hb jugak...masih belum decide lagi apa nak semai dalam ni..

Yang ini fikir nak semai cili capsicum yang dikeringkan sendiri..capsicum yang digunakan untuk hias hidangan pengantin..sayang pulak buang macam tu je...:D

Semua bahan ni gaulkan sekali...sekali sehari ada la mama siram sikit taknak bagi kering sangat tanah nya.....in shaa allah tanah-tanah ni semua boleh la kembali kaya dengan nutrien...:D

Ini dulu tempat tanam petola..fikir nak cuba tanam timun dengan ulam raja yang berselerak tumbuh merata-rata..area depan umah pun ada..mungkin benih dibawa angin atau burung.

Ini dulu patch bendi, bawang, ketumbar dan pokok tomato...tinggal hanya bendi & bawang tu pun segan-segan je nak hidup. Baik pulih dengan baja tahi ayam dan soil conditioner..banyak jumpa cacing gemok-gemok...nanti fikir nak tanam bayam kat sini..penuhkan patch

Ini pun sama mama baik pulihkan dengan baja tahi ayam dan soil conditioner. Bahan sisa dapur dah abis..sebab seminggu ni jarang masak..:D Fikir nak tanam tatsoi atau pun kobis cina. Elok kut boleh buddy system dengan lemon basil..lagi pun redup sikit dilindungi pokok terung. 

Ini kompos dalam process...bahan sisa dapur dah abis...:D

Tinggal area belakang umah sahaja yang masih belum terusik...sangat semak...dua tiga hari ni lah kut boleh sambung buat perlahan-lahan. Ikutkan jadual akhir bulan ni boleh la mama start menabur budi pada tanah-tanah mama ni..:D

Pilihan benih untuk kerja-kerja menyemai...target 5 jenis setiap bulan.

okey next episode kita tengok apa yang jadi...assalamualaikum...:D

20 comments:

  1. luas jugak laman nadia ye. tanah tu nampak subur lepas treatment.semoga hasilnya gemuk2. sekarang cuaca panas kat chukai kan, nak berkebun belah siang tak tahan.bila tengok kebun nadia dah kemas, rasa bersemangat pulak ni. ;>

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin angle amik gambar kut nmpk luas heheh...tanah tu beli..klu guna tanah umah ni alamat nya mmg tak merasa mkn sayur tanam sendiri..sekarang memang panas..nak turun pukul 5 ptg pun matahari terik lagi

      Delete
  2. Nampaknya besar projek tuh..tmpt pun semakin exclusive ..hehehe..benih pun banyak..happy gardening nadia..tumpang semangan nie...heheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe exclusive ke..angan2 nih..nak tanam semua benda..tak tau lah larat ke tak..td pagi pun mengah2 buat keje

      Delete
  3. Mak aih..tu dia, stock benih mengalahkan nurseri! Byk2 tu.. yg paling challenge bagi lynn ialah carrot..dah berkali2 tanam, mmg kasi kenyang Brownie mkn daun shj, isinya x sampai 2cm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah td pagi pun terfikir2 nak semai tak carrot ni...alih2 kiv dulu lah...heheh stock jd gitu sebab tertangguh kerja2 berkebun...tapi beli jugak kunun takut abis org tak jual dah..:D

      Delete
  4. tambah semangat nak berkebun tgk nadia punya projek mega ni...nnti jgn lupa post their progress in next entry, k...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha mega dah pulak..orite in shaa allah jadi tak jadi akan di tepek progress..:D

      Delete
  5. banyak project kali ni.. semoga semua menjadi.. lepas ni kita tunggu tunas naik plak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul..bunga matahari alhamdulillah dah bertunas..suka!

      Delete
  6. Besar kawasan tanaman nadia,mcm2 boleh di tanam. Kalo ambik benih sikit2 dan tabur semua patch mau penuh dan meriah kawasan rumah nadia....hehe. Baru baik demam ya,cepat sembuh ya. tak sabar nk tunggu entry terbaru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanah tak besar mnr...huhu sketch tu tak berskala..hahha nampak je besar..rasa nya kalau tanam labu..alamat nyer takde la tanaman lain..esok kita update apa jadi pg2 nih..hehhe

      Delete
  7. Nampak subur tanah tu,
    kalau tabur bayam dan sawi sekejap je tu..
    Bunga matahari tu, kalau akak, rendam dulu semalaman dgn air suam2..esoknya barulah semai di tapak semaian.ok selamat berkebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak puteri...tanah beli nursery..campur tanah pasir..tanah yg sy kaut di tepi bukit...alhamdulillah dapat la tanaman hidup skit..tu pun ada yg bantut...kalau tanah umah ni berbatu2 besar..tak larat nak cangkul..pastu tanaman tak hidup...
      surprise benih matahari dah bertunas...sy semai 19hb..ada la 2 3 dah kuar batang halus..suka suka

      Delete
  8. Wah siap ada patch yang bujur tu menarik. Tanah Nadia dah nampak makin subur. Nanti lepas tanam tak perabih nak makan semua boleh buka pondok jual sayur depan rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahh angan2 tu jual sayur hehhe
      kalau jual lada memang boleh wat duit kat kemaman ni..lada mahal!

      Delete
  9. Salam Nadia,

    Wah projek mega nampaknya ya, punyalah panjang senarai stok benih! Mak Aji ada tiga empat jenis benih pun Pak Aji bising, bila nak semai ni, he he!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mak aji...heheheh benih jd terkumpul sbb tak menyemai hampir 3 bln..sama lah kat umah ni pun bising pot pet pot pet..tapi kalau sayur dh jadi lauk takde plak komen apa2

      Delete