Mek Google

Loading...

Thursday, March 28, 2013

Membesarkan Rosemary

Since beli keratan rosemary ni dari blog Tanamsendiri...pertumbuhan nya sangat lah perlahan..sudah 2 kali mama tukar pasu dan struktur tanah...tapi tetap ketot sahaja..wonder jugak bila nak memanjang tinggi macam yang dijual di nursery....mama letak rosemary ni dibawah porch yang mana hanya dapat cahaya pagi sekejap...kemudian akan redup sampai ke petang.

Setelah google sana sini...alahai patut la malu nak membesar rupanya rosemary memerlukan cahaya matahari yang banyak dan suhu yang kering untuk membesar. Adoi, mama fikir ianya herba yang manja perlukan cahaya yang minimal. Silap rupanya. Jadi mama alih lah ke tempat yang mendapat full sun....adeh penat weh mama duk bela rosemary ni...patut la ketot saja...okey kita tunggu sebulan dua lagi apa jadi...risau jugak dengan suhu sekarang ni panas lit lit!

25 comments:

  1. hehehe....salah teknik pula. Tak pe tunggu progress sebulan lagi. Insyallah mesti akan naik tinggi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dh tak siram beberapa hari..nk tengok hasilnya..kalau tak menjadi..maknanya kne g beli sepokok kat nursery saja..hhehhe

      Delete
  2. Nadia, saya rasa betul tu rosemary suka cuaca kering, sebab saya punya membesar dengan jayanya walaupun saya JARANG siram dan cuaca penang panas loni....hehehhe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap menjadi mcm awk punyo lah..tak tahu la bakpo yakin sangat pokok ni nak tempat teduh huhuh

      Delete
  3. serupa ler, saya pun dok jaga dia macam puteri lilin...thank u for info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr. H..alih alih cepat..rupanya tanaman tahan lasak ni..:D

      Delete
  4. sama la nadia.. kat puchong ni pun kadang2 panas lit lit.. kadang2 hujan sampai kejung.. hehehe.. lupa la nak amik gambar pokok cili tu.. nanti kot ingat balik umah kang plak.. skrg ni banyak suka lupa.. macam2 benda nak ingat katakan.. :P alasan takot kena marah.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe nani take ur time...tapi sgt kagum anak teruna awk tu pandai tanam2..:D

      Delete
    2. nadia... nani datang nak tanya ni.. kat mana nani nak setting untuk dapatkan reply button cam nadia nye ni ek? nak buat gini gak utk blog nani..

      and for ur info, fiyya beratnya dah dekat 4.5kg, cek 21hb lepas..

      Delete
    3. cuba tgk kt atas sebelah kanan click "design" -> click "settings" (yang ada symbol spanar tu) -> click "posts and comments" - > select comment location sebagai "embedded"

      kemudian "save settings"

      Delete
    4. alaaa.. dah wat tapi tak boleh pun.. setting tu dah letak embedded dah.. tak kuar pun buttons reply

      Delete
    5. erm kenapa eh..rasa mcm tu dh cara nya..nnt kalau ada cara lain akan diinform later eh

      Delete
  5. laa...ciannye tgk rosemary tu kena dera...hehe..InsyaAllah lps ni subur gebu lah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh kena jemur supaya cepat besar...:D

      Delete
  6. Saya dah bela rosemary selama 3 tahun, dari pengalaman saya rosemary nak tempat yang panas, air kena siram tiap hari kalau tidak hujung daun mengering, medium tanaman tak boleh banyak kompos nanti akar jadi busuk dan jangan sekali kena hujan macam musim tengkujuh hari tu, pokok saya tingginya 3 kaki pun boleh mati lepas kena hujan yang lamanya 2 hari walau tanam dalam pasu. Kalau nak letak baja tu 2-3 biji je, tu pun 5-6 bulan sekali je, baja ni pembunuh kedua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks gardener..informative! sekarang sy renjis2 jer air..kalau dulu sebekas air curah..konon2 nak bagi sejuk nyaman..rupanya nak panas!..tanah pun mungkin kena banyakkan pasir kan..baja memang tak bubuh sebab pokok kiut mcm tu takut tak tahan

      Delete
  7. salam Nadia,
    Rosmary pokok tahan panas rupanya. tumpang baca komen si gardener ni, terimakasih banyak imformasi yg di kongsikan mengenai rosmari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dah tanam rosemary belum..kalau dah mari kita besarkan pokok dgn informasi yg dh diberi..:D

      Delete
  8. Salam nadia...ade soalan bodo nie...rosemary tuh pokok bunga ker sejenis sayuran jgk..maafkan kwn awak yg jahil nie yer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunyi namanya cantikkan rosemary...sejenis pokok herba..yang berbau wangi..sesuai untuk masakan western...perap2 ayam daging ikan n etc...sesuai jugak dijadikan pokok hiasan sebab bunganya pun menarik color ungu tak silap lah..kalau nak tanam better dr keratan batang cepat sikit berbanding biji benih..:D

      Delete
  9. Betullah saya letak pokok tu dibawah pokok, sampai sekarang tak besar ketot je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom alih alih..alhamdulillah yg sy punya ni dah nampak perubahan..dah ada cabang baru..:D

      Delete
  10. Rosemary memang nak banyak full sun dan tak suka kalau tanah yang bertakung atau lembap sangat. Rosemary Diana dulu masa seminggu heat wave 45 degree Celsius masih hijau je berbanding dengan pokok-pokok lain walaupun tak disiram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nasib baik tersedar awal..ni dah naik sikit pokok nya...nampak happy walaupun kena dera kepanasan

      Delete
  11. rosemary yang saya tanam dalam pasu membesar dengan jayanya.. tapi tak pernah guna untuk masak pun. Sebab kat rumah ni semua lidah tipikal melayu... hehe

    ReplyDelete