Mek Google

Loading...

Tuesday, March 26, 2013

Lily Di Laman Mama

Assalamualaikum,

Masih ingat tak beberapa bulb Lily Peach yang diberikan oleh rakan kebun - Kak Mar pada akhir tahun lepas. Setelah kesemua bulb kelihatan hidup subur di dalam pasu, mama alih pada tanah supaya dapat berkembang dengan lebih selesa dan mendapat cahaya yang cukup.


Pokok-pokoknya hidup bahagia di laman rumah ni..daun semakin banyak..cuma masih tak berbunga.


Mama kira sudah hampir 4 bulan ditanam. Melalui pembacaan mama mengenai bunga Lily, ianya berbunga selepas 3-4 bulan ditanam. Mungkin proses perkembangannya terganggu disebabkan mama tidak membaja selepas dialihkan. Jadi mama bajakan dengan baja tahi ayam sesudu kecil dan baja pink untuk bunga setengah sudu kecil.


Manakala yang ini pula mama berjaya dapatkan satu pasu pokok Lily dari nenek Naufal...mungkin warna putih tapi tak dapat dipastikan..sebab dah lama tak berbunga. Kalau berbunga cantik takkan mama dapatkan!..okey mama sahut cabaran akan bungakan pokok lily ni. Next target untuk dapatkan yang color MERAH pulak!

Okey disebabkan mama tengok serabut dalam pasu tu..jadi mama pecahkan kepada 2 bahagian. Sebahagian darinya mama tanam direct pada tanah sebaris dengan Lily Peach. Selepas seminggu, keadaan pokoknya kelihatan stable, mama bajakan dengan tahi ayam.

Harap-harap next entry dapat update keadaan Lily apabila berbunga...:D

12 comments:

  1. sure cantik kalau lily tu hidup sepanjang pagar tu, nak2 ada multi color plk...mesti meriah kan..

    ReplyDelete
  2. OOOOO....ado jugok lily kaler meroh deh.....ingat putih jah.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kt umoh mok sy..ada 1 pasu jer..tahun lepas ada bunga

      Delete
  3. Salam Nadia,

    Mak Aji ada pokok lily merah menyala tu tapi baru sekali berbunga terus senyap, mengeram x berbunga lagi sampai sekarang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap tahun lepas yg mok sy punya bunga sebelum masuk musim hujan..mok sy kata payoh jugok nak bunga..

      Delete
  4. Lynn pun ada beli anak pokok Lily, dah besar tp dah setahun x berbunga pun.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. tu lah, rasa mcm merajuk lak. Dah berkira2 nak korek, buang & tanam bunga lain. Lately byk anak2 pokok tunggu giliran nak dialihkan, pasu x cukup. Every wk ke nursery..rasa2nya tokey tu dah kaya sbb Lynn asyik beli pasu & tanah, alahai

      Delete
    2. sayang la pulak kalau buang..ikutkan mak sy ckp lambat lily bunga..dalam 2 3 tahun bunga sekali..tapi tulah tgk info internet ckp senang bunga...ntah lah.
      sy ni asyik tertangguh nak beli tanah...:D

      Delete