Mek Google

Thursday, March 21, 2013

Inventory Terkini

Ini inventory terbaru yang masuk warehouse kebun mama....masuk dalam tupperware je..hehehh inventory lama pun tak bergerak lagi...ada duk sejuk dalam peti ais..ayah Naufal cakap ini bukan berkebun dah ni...kemaruk benih dah ni....huhuh

Ini benih bendi kampung dengan benih bayam malabar yang dikeringkan sendiri. Mama tengah tunggu bendi emas pulak untuk dikeringkan.

Ini benih-benih pelbagai yang dibeli dari blog KebunBahagiaBersama...yang sampai awal bulan ni. Then mama dapat benih kongsi Rose Geranium. Tukangkebun macam tau-tau je mama mau tanam rose..sangat suka! Thanks Diana. 

Ini pulak benih-benih pelbagai dari blog Tanamsendiri yang sampai semalam. Dengan tak malu mama mintak benih kongsi yang terlepas February..heheh walaupun mama membuat pembelian pada bulan Mac...terima kasih en. Iskandar

Ini benih set Koleksi Eksotik Kailan..pelbagai jenis kailan juga dari blog Tanamsendiri. Mujur ada lagi...punyalah mama tahan diri jangan beli semasa mula-mula en Iskandar pada awal February lepas...kata orang kalau dah rezeki tak kemana kan...:D

Okey akhir bulan ni in shaa allah tanah dah ready akan disemai apa yang patut dulu...rasanya batch pertama rose..bayam..kailan dan tatsoi!

Nanti kita update lagi...assalamualaikum...:D

13 comments:

  1. assalammualaikum dik,
    Rose Geranium tu bunga ke atau nama sayur?..mesti wangikan.
    Selamat menyemai benih yg banyak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak puteri...hehe bila akak tanya soalan tu sy puzzle kejap..tak tahu pulak nama sayur ke bunga...tapi sy fikir sendiri..bunga rose la kut..heheh

      Delete
  2. Salam nadia..banyak benih nampaknya tuh..selamt bercucuk tanam..banyak jgk benih kailan yg diorder yer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa yang kailan tu sy tak expect byk mcm tu..ingatkan 1 pek for each jenis...kena plan betul2 nak semai..risau pulak kut jadi membazir

      Delete
  3. banyak benihnye nadia...sama la mcam saya. invetory dah penuh dalam tupperware tah bila nk semai pun tak tahu. hehe....

    happy gardening. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat ni nak berkebun...lepas-lepas ni dah takde aktivity lain dah..selain attend kenduri kawin untuk makan sahaja..mode cuti sekolah..:D

      Delete
    2. a'a la,nk cuti skool ni makin banyak pula jemputan makan gulai. Sedapnye makan gulai pengantin di terengganu. Sedap sangat sebab pakai daging fresh masak dalam kuali kawah...mmmm~~~~ hehe......

      Delete
    3. ditambah pula dengan ikan kering yg fresh...haih dtg rasa lapar pulak..

      Delete
  4. salam nadia.. kuuuuus semangat tgk stok benih dlm warehouse nadia tu...ini boleh buka ldg komersial ni...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh sy ada buat listing..semua benih yg tak disemai lagi..kalau betul2 berhemah in shaa allah boleh abiskan tahun ni semai kt "ladang" belakang umah tu..kekekke..:D

      Delete
  5. penyakit ni memang akan menjangkiti para pekebun lah agaknya. Kalau keluar benih baru yang pelik-pelik mulalah gatal tangan klik-klik order kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah tanpa berfikir panjang...mesti nak order cuba tanam..:D
      alah bukan collect brg yg ratus2 harga kan kan hehehhe

      Delete