Mek Google

Loading...

Thursday, September 11, 2014

Sawi September


Koleksi sawi-sawian di musim ini....masih baby lagi....gambar 1-5 adalah sawi vitaminna benihnya dari KBB...daun nya membujur...segar-segar semua nya. Benih mengambil masa 4 hari untuk kuarkan cambahan.





Mungkin sedap sangat ni sawi ni...rapat kebumi siput telan sawi ni...nampak tak siput halus tu...pura-pura tidur tu...sebelum saya sentuh die bukan main seronok duk melilit kat kaki sawi.



Dapat alih dan jarak kan ke beberapa pasu....untuk tanaman kali ni...saya guna baja mol yang dibuat sendiri..mol ni sebenarnya sisa bahan dapur saja yang diperam dengan gula Melaka selama seminggu. Saya cuba dengan mol bawang bersama gula Melaka. Disamping baja mol, saya juga ada campurkan tanah dengan kompos daun-daun kering dan baja tahi ayam.


Ini pula anak sawi pak choy, nampak tak beza pada daun sawi tu..pak choy lebih bulat berbanding vitaminna.


Ini anak sawi Hiroshimana, kecik-kecik pendek....saya tunggu 2 minggu lebih selepas bercambah..dan alihkan pada tanah direct.




Akan tetapi.....dalam banyak-banyak cambahan yang dialihkan...tinggal 2 je..nampak tak..kecik je..sebab daun nya ditelan pak & mak siput! Abis da benih jenis sawi ni....saya rasa satu pun tak dapat rasa lah...nasib betul!

Itu saja kesah Sawi September saya...

Selamat menjalankan tanggungjawab masing-masing moga dipermudahkan urusan kalian..
Assalamualaikum.

22 comments:

  1. takpe kak, tanam lagi, xgiveup. Julie pun geram sangat dgn siput2 kecil ni, asal Julie nampak je sure Julie kutip & buang jauh2...geram btl Julie dgn moluska ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan penat2 tanam..diorg mkn hasil...tapi nak give up pun tak boleh sbb byk lagi benih sawi..syg kalau tak semai

      Delete
  2. Assalam nadia, tanah yang nadia letak tanaman elok hitamnya. pokok semua nampak subur dan segar. mol + baja tahi ayam + kompos dari sisa jadi baja kesukaan tanaman. Tahniah nadia. :D

    geli dengar pasal siput....... uuuuu

    ReplyDelete
  3. September bulan tanam sawi ya.,,,nanti oktober bulan petik sawi la nmpaknya....thniah2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah jika rezeki sy...tengah berlumba dengan siput ni

      Delete
  4. betul, tanah nadia guna nampak subur sggh...tu dah cmpur mol bwg ari ke nadia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu qis n Ana...tanah tu yg asal sy beli kat nursery....pastu bercampur dgn tanah bakar yg sy amik kt tepi bukit..dulu ms musim panas melampau..Kawasan ni byk terbakar....kemudian bercampur2 lg lah dengan sisa2 dapur....yg mol tu br lagi..masih dlm experiment....sy Cuba pada pokok cili yg dah nak semput..buat ms ni takde tanda2 positive lg

      Delete
  5. assalamualaikum...
    nani datang ziarah sini.. setelah sekian lama kan.. nak cari gambar baby.. dah besar mana baby tu kan.. :) nak kena banyak selak buku ni.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam nani...baby dah 9 bln....mmg jarang post gambar anak...sbb amik2 gambar pastu outdated nak post kt sini...trus tak jadi nya...

      Delete
  6. Kakak pulak semut asyik kerjakan kakak punya tunas tomato. Tak pernahnya nak menjadi. Baru nak keluar dua tunas dah hilang. Yg hairan daun ulam raja belambak banyak tak nak pulak dia kan Nad.

    Kena suluh malam-malam cari siput tu Nad kalau nak rasa sawi membesar dgn selamat. Tapi itulah kalau malam pun nak ke laman memang malaslah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap -silap Jumpa dengan en katak....huhu tidak mmg surrender...:D

      Delete
  7. Salam nadia,

    Lepas ni kena berperang dengan siput pulak lah..saya pun dah jadi malas nak menanam sayuran berdaun disebabkan serangan siput..tapi, kalau menjadi..excited kuasa lapan..heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul menjadi sawi kurus pun dah excited!!

      Delete
  8. Assalam,,,

    Bunda pernah try tanam sawi sekali...beli benih kat peladang...tapi tak menjadi...seronok tengok hasil tanaman orang yang menjadi ni..

    ReplyDelete
  9. Salam Nadia,

    Amboi banyaknya sawi dia. Ce amik garam taruk ke siput tu and cari tempat dia menternak. I dulu pun byk gila siput babi. Pastu I cari tempat dia menternak n hapuskan.

    ReplyDelete
  10. Salam Nadia, siput kecil tu memang masalah. Nampak kecil tapi kuat makan tau..

    ReplyDelete
  11. Kalau yang anak-anak muda tu memang siput suka baham. Sekarang ni pasu yang atas para tinggi guna untuk tanam sayur hijau nak elak dari dibaham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm kena fikir letak atas tinggi la sikit..

      Delete
  12. kalau siput besar tu mudah sikit nak hapuskan,,yg kecik tu dah la banyak,,mcm sis mala ckp la kuat makan habis botak semaian dikerjakan.

    ReplyDelete
  13. Salam Nadia,

    Mak Aji pun hadapi masalah sama, siput yang besar, juga yang kecil terutamanya, nak kena jegil mata baru nak nampak! Nak kena boh garam jugalah agaknya ya! Kalau tambah kunyit boleh gorenglah pulak, he he!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hohoho menu siput kurus hihihi banyak sgt mak aji..nak boh garam rasa abis garam kt dapur

      Delete