Mek Google

Loading...

Saturday, September 6, 2014

Yang Berhasil

Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu semua...selesai kerja-kerja suri rumah tangga...perut tengah kenyang ni..jam hampir 2.30 petang! petang yer...ni yang bahaya kalau otak tak ligat cari kerja mesti mata pun automatik nak tutup!

Tengok blog jap! untuk elak diri dari tidur...layan tidur..lemak pun akan membina..oh tidak! 
Petang-petang ni idea nak menulis kurang hadir..jadi kena tenung lama sikit gambar-gambar yang diambil sebelum ni...ok ni gambar minggu lepas...



Buah Mulberry yang sempat dikutip...biasa nya yang hitam macam ni tak sempat dikutip..burung kutip dulu..manis bila dah hitam macam ni...yang merah maroon tu masam!


Tomato batch baru dah mula berbuah! Banyak lagi anak pokok tomato tengah membesar dan tunggu giliran untuk berbuah. Tapi cuaca di Kemaman ni dah mula hujan lebat...tanah sentiasa lembap menakung air...risau tak menjadi je nanti.


Ini pokok terung panjang tunggal saya...Alhamdulillah tak putus berbuah..anak pokok lain masih tak aktif...pembesaran pokok masih ditakuk lama. Cabaran betul nak besarkan pokok terung.



Pokok kacang panjang ni pun tak putus keluarkan hasil...ini batch last...rasa nya dah takde benih kacang panjang.


Pokok bendi pun sama...berlumba-lumba keluarkan hasil walaupun rupa bentuk tak subur...tak tau lah disebabkan genetik kecik atau memang tak subur..bendi ni size nya hanya sepanjang jari manis kalau tunggu panjang sikit mesti tua berserat. Baja organik dah diberi setiap 2 minggu bah kan setiap hari sisa buangan dapur akan ditabur pada pokok-pokok ini.

Pagi tadi baru je cuba baja mol yang disediakan sendiri menggunakan gula melaka dan bawang merah..lagi 2 minggu akan diupdate jika ada positif perkembangan pada pokok-pokok saya ni.

Sekian dahulu...hihi macam tulis surat tak rasmi plak..:p

8 comments:

  1. Seronoknya..sikit2 pun dpt merasa hasil..bestnyer...rumah ade tanah tmpt tanam camni..eheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...cuma tanah tu agak keras dan x subur utk tanaman

      Delete
  2. hasil tanam sendiri walau pun sikit rasa seronok n teruja..

    ReplyDelete
  3. pokok kacang tu memang tak perluguna para ek?

    ReplyDelete
  4. rasanya tk perlu CB.. tu kcg renek kan nadia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul ana...tak perlu para..ni pokok kacang renek..rendah saja..tapi banyak juga berbuah...CB cuba la tanam..senang maintain pokok kacang jenis ni

      Delete
  5. Ooo Nadia.., kak dah tahu baja mol itu apa ...Selalu buang2 saja sisa kulit sayuran dan bawang, tak pernah terpikir pun boleh buat baja. Thank you pasal sharing cerita mol aritu. Betul2 tambah info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa nya gitu la k.mala..segala sisa bwg n kulit sayur buah sy buang direct saja...

      Delete