Mek Google

Loading...

Sunday, September 7, 2014

Hasil Tuaian (Digoreng Pun Sedap)

Selamat Pagi,


Hidangan pagi ni...tetiba rasa nak buat nasi lemak Terengganu...sini nasi lemak ada ikan tongkol...yang direbus dengan asam keping, garam dan nisan. Lepas tu digoreng, saya sekeluarga lebih suka digoreng garing macam ni.

Awal pagi tadi selepas suami ke tempat kerja...saya terus ke laman umah...tengok kut ada hasil yang perlu dipetik. Maklum la bendi atau kacang sekarang giat keluarkan hasil...jika terlepas pandang tua berserat...


Ini hasil 4 hari lepas...capsikum tu mungkin last generasi...pokok nya dah kuning nyawa-nyawa ikan. Ada semai benih capsikum jenis golden apa entah lupa dah...tapi takde nampak bayang lagi ni...mungkin dah di bawa air hujan...seminggu ni hujan sangat lebat kat sini...nak menyemai pun takut rugi.


Ini hasil hari ni...ingat nak goreng la nanti untuk lunch...:D



Antara menu lunch sebelum ni..bendi goreng telur...dan kangkung goreng belacan.

13 comments:

  1. waa tiba2 lapar nasik baca entry nadia,,huhu,,sedapnya bendi goreng tu x nampak berlendir pun,,kalau sy goreng berlendir jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CB ada berlendir tp sikit je..sbb tak byk yg muda rasanya

      Delete
  2. Ya la..hahhaa..ni lunch time, hujan la pula...kalau ada depan mata kan sedapppp...ini depan screen..terliur je lahh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila hujan perut pun menyanyi2 bersama katak hihihi

      Delete
  3. Makan sayur panas nasi panas sambal belacan ada ikan masin sedapp mmaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su sy skang ketagih sambal belimbing hitam mkn ngan ns panas2 adoi susah nak stop

      Delete
  4. Salam Nadia,

    Kena nasi lemak Ganu pagi2 utk kerja berkebun selepas tu ya! Macam2 projek boleh buat ni! Kalau tak berkebun pasti layu je mata. Kangkung belacan buat lauk nasi air sedap juga ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takmo layan rasa nak tidur..nanti membesar tah mana hala sy ni mak aji...yer btul kangkung belacan pun good match dgn nasi air

      Delete
  5. Tempat kakak pun sama kerap hujan sekarang. Tapi kalau tanam berbumbung bagus sekarang ni Nad sebab tak panas. Cuma kena rajin siram airlah.

    Kacang bendi tumis-tumis macam tu memang sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin memang musim org nak g haji hujan kut kan..itulah skang takyah siram..siram pun yg bawah bumbung itupun siram dgn air beras

      Delete
  6. La ni makin kerap dah hujan mcm nk tengkujuh pulak rasa. Resepi nasi lemak terengganu mmg pakai ikan tongkol,mak mertua pun masak nasi lemak pakai ikan tongkol. dia rebus dulu dengan asam keping dan garam lepas tu goreng kejap tak goreng garing lepas tu masak sambal. sedap.......rasa sambal dan ikan tu cukup la perasa dia. saya yg tak makan ikan tongkol pun jadi makan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula dulu ms mula2 dtg hijrah ke sini..rasa pelik mkn ns ngan ikan mcm ni...semua bnda buat mesti basic nya ikan di terengganu ni...tapi skang semua makanan nya sy suka seperti ns dagang, samosa ikan, satar, otak otak, sayur koloq n pelbagai lg

      Delete
  7. Syukur Alhamdulillah, hasil fresh dari kebun sendiri, simple is the best.

    ReplyDelete