Mek Google

Loading...

Monday, September 29, 2014

Agar-Agar Giveaway


Selamat petang....lambat bersiaran...baru siap buat roti sandwich....rancak pulak buat roti since dah dapat resipi yang menjadi ni...:D (Thanks to Honey - Dorina Delight)

Okey ni nak cerita, saya dapat buah Roselle dalam satu plastik beg Rabu lepas kalau tak silap.....mula-mula tu buatkan air....nak rebus banyak kang membazir kalau tak habis...alih-alih semalam..tengok buah nya ada beberapa dah mula lebam...sayang sebab buahnya besar-besar.

Terpandang agar-agar yang agak lama dibeli...hmmm cuba buat agar-agar lah...dengan sukatan 25 gram agar-agar tali, secawan gula, 4 cawan air, sehelai daun pandan dan 15 biji buah Roselle...maka jadi lah Agar-Agar Roselle.


Mungkin kurang gula...rasanya masam-masam sikit...kalau suka manis...kena tambah lagi separuh cawan gula...tapi saya dah suka dengan rasa masam-masam macam ni....saya fikir air rebusan Roselle ni juga boleh hasilkan aiskrim Malaysia...taruk buahnya yang masam-masam tu pasti best!

Ini pula giveaway saya pada officemate...peminat basil...tapi masih tak berjaya tanam basil...jadi saya share beberapa anak pokok basil


Selain anak pokok Basil...anak pokok Tomato, Cilipadi dan anak pokok Zinnia pun ada...sekarang ni...kesemua jenis pokok ni bercambah merata-rata...:D


Ini pula hasil dari pokok Bendi...ada sikit boleh la buat syarat merasa hasil tanaman saya. Semoga kawan saya tu berjaya lah dengan pokok-pokok yang diberikan....:D

14 comments:

  1. Nadia, kak baru duk kira2 nak buat ice cream Roselle. Kat rumah ni roselle terbiar gitu saja..Terima kasih dengan resepi ice cream yang Nadia post aritu. kak dah try. Buat ice cream jagung & kopi. Jadi...

    ReplyDelete
  2. Salam Nadia,

    Whoa! Buat lagi roti? Yang buat malam semalam tu dah habis ke? Eh.. kalau lah I ada pokok roselle, boleh try buat aiskrim kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abis! Sedap mkn cicah coffee panas...:D

      Delete
  3. Murah rezeki Nad. Semakin diagih kepada ramai org semakin meriah nanti tanaman Nad itu.
    Itu kata bapak kakaklah.. Untung kawan-kawan Nad:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak..takde rezeki lain..Allah bg rezeki tanaman ni :D

      Delete
  4. Assalam Nadia,

    agar2 roselle,jem roselle,aiskrim mesia roselle pun boleh di buat. Seronok tgk semaian nadia di kongsi dengan rakan2. Moga bertambah-tambah murah rezeki nadia sekeluarga. :)

    ReplyDelete
  5. salamsss,
    murah rezki....cantik RJ putih pink tu:)

    ReplyDelete
  6. Salam nadia;
    Alhamdulillah...di samping mengeratkan silahturahim juga akan meluaskan rezeki..

    ReplyDelete
  7. Boleh try aiskrim rosel, agar2 rosel, dapt idea datang sini, tq Nadia

    ReplyDelete
  8. Pernah kawan nunda beri bunda buah rossele...bunda rebus dan buat air...okaylah...jadi jugak...

    Kawan bunda tu tanam sendiri roselle depan laman dia....bunda tengok menjadi...macam senang jer hidup pokok roselle ni...sampai tak termakan buahnya....

    ReplyDelete
  9. seronok tengok orang bercucuk tanam, dapat makan hasil tanaman sendiri dan boleh sedekahkan pada jiran..

    ReplyDelete
  10. Bila dah dapat usaha jaya tanam sepokok, memang lepas ni InsyaAllah makin banyak pokoknya.

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Raya AidilAdha Nad:)

    ReplyDelete