Mek Google

Saturday, November 24, 2012

Kemanusiaan di Gaza

Genjatan senjata sudah di Gaza selepas 8 hari diserang bertubi-tubi..yang menghibakan hati..anak-anak kecil yang comel menjadi mangsa...melihat bangkai kucing ditepi jalan pun mama boleh sebak..inikan pula anak kecil...:| 

Atas rasa kemanusiaan...untuk rekod mama post kan entry ini untuk ingatan diri sendiri dan semua yang memandang...Ini antara senarai barangan yang membantu pihak Israel, yakni yang pernah dan masih dipakai mama sekeluarga. Untuk peringatan kepada mama supaya lebih bijak membeli dan memilih barang keperluan untuk kegunaan sekeluarga selepas ini.....

Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, 
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.
Mama perlu tambah skill lagi dalam memasak ayam goreng, burger, pizza dan etc. Alhamdulillah sebarang air bergas sudah lama mama tinggalkan demi kesihatan. 
Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Smarties, Coffee Mate.
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Selalu membeli nescafe 3 in 1...sangat ketagih dengan nescafe...sehari tak minum 1 paket tak sah....nak alternate dengan apa ya?
Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney.
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.
Lepas ni kita pilih baju Anakku, Baby Kiko...lagi apa yer..sebagai alternate...mungkin menjahit sendiri??
Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Old Navy Dockers, 
Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.
Ini pun mama beli kain pasang buat baju kurung lah pakai...patut la Carrefour dah banyak tutup...

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik 
Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.
Ada yang dah beli...dah 5 tahun pakai...Lepas ni takmo dah beli phone nokia..pilih lain pulak.
Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, 
Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.
Nanti mama belajar buat cookies sedap-sedap....erm lea & perrins...boleh alternate dengan apa ya?
Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. 
Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.
Ini boleh tukar pakai barangan Pureen..lagi apa yer?
Syarikat : Estee Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Bobbi Brown Essentials, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila 
Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.
Dulu-dulu masa single banyak la jadi koleksi benda alah ni...sekarang setia dengan Body Shop..adakah Body Shop tersenarai?
Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex 
Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.
Bertukar pada cloth pad, cloth diaper, dan morning towel...:D
LAIN-LAIN SYARIKAT
Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pentene, Pampers, Lux, Palmolive, Colgate, Pringles, Mr Clean.

Ini boleh alternate dengan apa yer? Kalau sabun pakaian, pencuci lantai, sabun dishes..mama ah beli keluaran bumiputera..brand Mahkota..sangat wangi...
MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Axion
Ini pun kena tukar..apa lah agak nya brand yang boleh ditukar...
Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Heinz.

Product dari campbell, heinz menjadi pilihan untuk western food...lepas ni kena cari resipi-resipi for homemade

Mama tak mampu mengangkat senjata berjuang bersama tentera hamas...mungkin dengan usaha secara kecilan ni..dengan jutaan lagi manusia di dunia ini melakukan perkara yang sama dapat memberi tekanan pada pihak israel laknatullah supaya lebih berperikemanusiaan terhadap rakyat palestin...

2 comments:

  1. Ah semuanya dikuasai israel lah...alhamdulillah kat sini kami tak byk sgt menggunakan brg2 israel nie..tak makan mekdono,coke..henpen nokia pun dah mampuih lemas dlm air milo..cum nestle produk tuh takleh nak elak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ramai sgt yg dipengaruhi israel ni..nak boikot 100% serta merta mmg payah..sbb byk sgt brgan dr golongan ni secara tak sedar kita guna saban hari

      Delete