Mek Google

Saturday, April 13, 2013

Bekas Semaian Terpakai

Bekas semaian tak mengcukupi..nak beli lain rasa rugi duit...hehehe dah abis budget nak membeli petak semaian...:p Okey, banyak idea mama dapat selepas blogwalking pada blog rakan-rakan kebun...macam-macam bahan recycled dapat digunakan. Jom tengok apa yang berjaya mama gunakan.

Kotak Minuman

Kotak susu dibelah bahagian atas


Bekas Telur


Bekas telur dipotong kepad dua bahagian

Laci Almari

Dari almari lama.

Botol Mineral Kecil

Botol mineral dipotong dua.

Botol Mineral Panjang

Dipotong dua pada bahagian tengah.

Nanti ada lagi percubaan lain akan dikongsikan disini..selamat mencuba...assalamualaikum...:D

20 comments:

  1. Biar bekasnya tak comel tapi yang penting hasilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..takat ni 1 jenis aje yang tak bercambah lagi ni..lagi pun semua ni duk belakang umah..jd tak cacat mata memandang kut..:D

      Delete
  2. Bagus ideanya nie..sy yg ade kat umah periuk lama tebuk bwhnya..tp since bekas aiskrim byk extra kan..sy suka guna bekas aiskrim..tp syg jgk nak guna byk2..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah bekas aiskrim...sy ada jugak kumpul dan guna utk simpan lauk mentah..mungkin kalau dah tak elok boleh guna utk menyemai

      Delete
  3. baguslah macam ni..jimat duit tak perlu beli pasu.Banyak jenis semaian Nadia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah terasa jimat sikit...lagi pun senang if ada rakan nak anak pokok tu terus bagi 1 bekas..kalau pasu sayang la pulak kan heheh....sy semai sikit untuk setiap benih...ada banyak lagi benih yang tak dicuba huhu membeli benih macam lah esok dah tak ada...

      Delete
  4. Replies
    1. mencuba-cuba apa yang boleh digunakan...save duit..:D

      Delete
  5. memang bergunakan...byk benih semaian nadia...hepi gardening

    ReplyDelete
    Replies
    1. kailan, radish & turnip..masuk hari ni..dah tinggal berapa jer yang selamat..burung suka patuk..haihh

      Delete
  6. nadia, salute betul la...betul2 recyle ni...jimat belanja...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh mmg tgh on projek recycle..sbb dah abis banyak pulus....kulit pun dah tak mulus ni...ada sy dapat tgk...org ni dia tanam pokok bunga menggunakan mangkuk tandas duduk tu..cantik pulak..:D

      Delete
  7. Lepas ni sibuk transplanting banyak semaian tu ;). Betul berkebun ni tak perlu nak pakai bekas fancy sangat, recycle je apa yang boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh sy amik masa 1 jam dlm sehari..utk 1 jenis cambahan alih pada tanah atau bekas2 yg sepadan...kalau nak tunggu wikend rasanya tak sempat nak alih semua

      Delete
  8. Dulu saya pun fikir kena guna talam semaian. Tak boleh nak guna benda lain. Tetapi lepas saya belek-belek di blog dan laman web kebun lain, tak lah juga guna 100% bahan terbeli. Terpakai pun ok. Dan yang penting jimat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kebun bandar...:D
      Jom Tanam Sendiri di FB tu kebun bandar punya kan..sy suka dengan perkongsian yang dipaparkan...ni sy tengah berusaha nak merealisasikan idea-idea yang dikongsikan..:D

      Delete
  9. salam,
    apa medium semaian yg awk gunakan hingga pokok tumbuh dengan baik ?? ada yg kelihatan mcm tanah banyak.. ada yg kelihatan sabut kelapa banyak.. sbb pokok saya kurus kering je.. perlu letak baja ke bila dah saiz mcm ni.. maaf sbb byk tanya.. saya cuma ingin berguru je.. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh ini yg segan nak berguru pulak..sy bukan tau sgt..main try n error je semua..berpandukan apa yg dibaca.

      mengenai tanah tu sebenarnya yang nampak tanah banyak tu...asalnya tanah yg ada kat umah ni...sy tambah dengan tanah yg sy korek kat tepi bukit...pastu taruk bahan sisa kat umah ni..mcm sisa sayur, nasi, kulit bawang, n etc...dan digaul dengan baja tahi cacing, baja tahi ayam, baja tahi kambing...tanah tu dah banyak kali recycle untuk semai biji benih...bercampur2 lah kiranya...

      manakala tanah yg nampak bersabut kelapa tu..sy beli kat nursery..yg ini sy tak pasti nursery nk untung ke apa..sbb beli memang komposisi sabut tu terlalu banyak...tanah organik namanya...kadang dtg rasa tertipu..tapi bila semai biji benih..cepat jugak naik...cuma process membesar agak lambat...cthnya sawi sy tgk sangat lambat..mungkin ada yg tak kena...

      mengenai baja..sy pun tak arif sgt...sebab kadang bila taruk baja dgn kuantity yg sama...kadang ada pokok makin jd kekuningan..terlebih...biasa sy bajakan 2 minggu selepas bercambah....sekarang sy mencuba teknik2 pekebun lain...gaul baja tahi ayam sehari dua sebelum menyemai...okey happy gardening..:D

      Delete
  10. haha..sama! nowadays pantang nampak bekas plastik..sumer nak buat bekas semaian

    ReplyDelete