Mek Google

Monday, April 29, 2013

Semaian 2013 - Part 2

Assalamualaikum...

Ini beberapa jenis biji benih yang mama semai di awal bulan April 2013.

1. Kailan Tokyo - benih dari Tanamsendiri semai pada 06 April dan selepas 2 hari bercambah.

Berusia seminggu selepas bercambah - pembesaran sekarang agak lambat

2. Tomato Organik - dari exspo MAHA

5 hari selepas bercambah

3. Tomatilo - benih kongsi dari blog My Mix Garden (SriKota)

5 hari selepas bercambah

4. Tomato Tigerella - benih dari Kebun Bahagia Bersama (KBB)

2 hari selepas bercambah

5. Petola Segi - benih dari Tanamsendiri

Suka betul dengan petola ni..sekata jer membesar...berusia 5 hari

6. Turnip Snowball - benih dari KBB, dialihkan ke dalam polybag. Semai pada 07 April dan bercambah pada 09 April.

Ketika berusia seminggu 16 April - sekarang sudah ada 4 daun sebenar.

7. Semai Bayam Autumn pada 13 April dalam pasu besar bulat jadi tak perlu dialihkan. Benih dari Tanamsendiri.

Ketika berusia seminggu selepas bercambah - 22/04/2013

8. Cosmos Double - benih kongsi dari blog Growing and Being (Lynnhelite)

Gambar yang togel..alhamdulillah pagi ni nampak ada tunas baru muncul...(tak sempat snap picture)

9. Semai Radish Watermelon pada 06 April - benih dari KBB

Hanya tinggal 3 pokok yang berjaya keluarkan 4 daun sebenar sekarang. Ini ketika berusia 4 hari selepas bercambah 12 April.

10. Semai Cabbage Sugarloaf pada 06 April - benih dari KBB

Alhamdulillah cabbage berjaya hidup semua..ini ketika berusia seminggu selepas bercambah 16 April.

18 comments:

  1. Salam nadia..
    banyak tuh semaian2..inshaallah moga2 menjadi..sy skrang dah kurang dah menyemai sbb tak cukup ruang dah..cuma byk semai family sayur hijau jer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayur sawi pun ada tapi kurang nak jadi..mungkin panas sangat sekarang ni..yang ada sawi hong kong tapi kecik je

      Delete
  2. salam, turnip snowball semai sebiji satu polibag ke nadia? ssb sy baru plan nak semai ni...bagus idea ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy semai dalam bekas dah bercambah seminggu sy pindah ke dlm polybag. Satu pokok = 1 polybag..sy semai dalam 10 biji rasa nya benih..tapi x semua jd..ada je perosak yg jeles

      Delete
  3. Replies
    1. in shaa allah..ada rezeki boleh merasa semua yg disemai ni

      Delete
  4. banyak betul tu... seronok la lepas ni hijau semua tanah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakkan duk dlm pasu...kalau tanah direct menghijau dengan rumput aje lah

      Delete
  5. Assalam nadia..
    Meriahnya semaian...
    Seronok tengok..
    Moga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..setakat ni ok lg progress semua semaian ni..harap2 boleh la merasa :D

      Delete
  6. Macam-macam jenis semaian.
    Semaian kami pun banyak hilang kena makan apa pun tak tau.

    ReplyDelete
  7. banyaknya semaian...syokla nanti kutip hasil...hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah..hari2 tgk pantau...tapi hari2 ada ajer yg terkulai atau togel..yg sangat berjaya sekarang ni bayam autumn hehhehe

      Delete
  8. As salam Nadia,
    Wah! nmpk gaya semaian ni mcm nak buka ladang je.. Lps ni blh jd tokey sayur..hehe.. Semaian saya kali ni agk mengecewakan sbb lps bercambah dan hidup ia diserang dgn teruk oleh serangga. Anak petola segi byk yg tumbuh sendiri dlm kebun kecil saya sbb buah2 yg tua ada yg saya biarkan dlm kebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah ladang? tak penuh lagi ni kebun kecik sy..tolak dengan yang kena serang..tak sesuai dgn tanah, cahaya...tinggal berapa kerat saja..pokok timun..pokok petola segi sy pula...harini dah makin banyak kekabuh singgah...elok2 daunnya, sekarang dah jadi kering dan berlobang2...dugaan betul

      Delete
  9. Salam Nadia,

    Banyaknya anak kecik dalam jagaan sekarang, he he!! Semoga membesar dengan sihat dan lebih menceriakan ladang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah mak aji..nak ada anak kecil ramai2 tak dapat2...jadi dapat anak kecik yang ni pun jadi lah..rezeki jugak kan..:D

      Delete