Mek Google

Saturday, January 12, 2013

Jambatan Baru Harapan Kami

Salam Ceria,
Kali ni mama ingin record kan pembinaan jambatan harapan bagi penduduk di Kemaman Terengganu. Sudah lama kami menunggu jambatan ini dibina....memandangkan Bandar Chukai Kemaman telah menjadi laluan utama menghubungkan pengguna dari Pantai Barat ke Pantai Timur. Maka dengan ada nya jambatan ini..secara khususnya kami tidak perlu lagi berasak-asak dalam kesesakan lalu lintas setiap hari untuk ke tempat kerja (sepanjang 3-4km jem). Manakala secara umum nya, pengguna jalan raya tidak perlu lagi berasak-asak dalam jem yang teruk (kebiasaan jem sepanjang 15km) pabila pulang ke kampung di musim perayaan dan cuti sekolah sangat penat. Pernah sekali terjadi di musim perayaan, 2 jam lebih terperangkap dalam jem untuk keluar dari bandar metropulus Bukit Kuang ini dari rumah mama yang kebiasaan nya amik masa 15-20 minit sahaja.

Sejak kejadian itu, jalan alternative untuk keluar dari bandar ini diperkenalkan iaitu Jalan Ibok...tapi agak jauh dan sunyi sedikit.

Permulaan jambatan arah masuk ke Bukit Kuang dari Bandar Chukai

 Begini lah hari-hari jem pergi dan balik kerja - 5kmj bergerak tu pun kira paling laju lah

 Ini dibahagian awal tengah jambatan.

Jambatan ini dijangka siap pada akhir tahun 2013. Mama sangat tak sabar menunggu jambatan ini siap..kerana pabila siap..selesai lah masalah kedatangan mama yang amat teruk tahun ini....hampir setiap hari lewat 5-10minit...worst case sampai 30 minit lewat...oh tidak..kalau dulu zaman-zaman single mama tukang bukak lampu & pintu office..now days..mama adalah ranking no 1 di office orang datang lambat..shame on me.


Dibahagian tengah jambatan.

Ini bahagian penghujung jambatan.

Melalui pemerhatian mama, progress siapkan jambatan ni makin laju. Cepat je naik dari tiang ke tiang menghubungan jambatan. Rekabentuk jambatan ini sengaja dibuat tinggi untuk memberi laluan kapal masuk kekawasan sungai pendalaman bagi tujuan perindustrian dan perlancongan. Makin banyak lah peluang pekerjaan dan maju lah daerah Kemaman ni nanti..inshaallah..:D

4 comments:

  1. assalamualaikum nadia..
    mudah2an jambatan yang di tunggu2 siap tu cepat siap ye.. :) kalau ada jambatan lagi senang perjalanan kan.. tak kesah dari mana nak ke mana semuanya memudahkan semua orang.. kan.. :)

    ReplyDelete
  2. Harap cepatla siap jmbtan tu nadia..x lmbt smpai opis dah..hehe..saya pernah ke terengganu sekali ja..tu pun x singgah kemana..lalu ja...dan dpt la merasa sata..sedap jgk...:D

    ReplyDelete
  3. wah ni laluan ke rumah kita la...memang tak sabar nak tengok jambatan ni siap.

    ReplyDelete
  4. wasalam nani..harap2 nya cepat siap..tapi siap dengan baik..takut jugak buat cincai2 bahaya tu..huhu

    Diana, satar sy pun suka..tapi kalau musim hujan or tengkujuh..nelayan tak ke laut..ikan tak banyak..satar jadi kurang rasa nya..

    hijaudaun...awk pun orang sini..penatkan hari-hari lalu jalan jem!

    ReplyDelete