Mek Google

Tuesday, January 8, 2013

Diari Bendi Kampung & Bendi Emas...Last Episode

Salam & Selamat Tengah Hari,

Okey kali ni mama nak tutup kesah bendi-bendi mama...sebab sudah mengeluarkan hasil..dah siap boleh buat goreng, sayur dalam kari...heheh happy! Record yang terakhir adalah mengenai...mama alihkan kesemua bendi yang ditanam ke beberapa patch yang kosong.  (Diari Terdahulu)

Setiap minggu selepas dialihkan, mama bajakan secara selang seli dengan tinja kambing, tinja ayam, dan baja kimia (baja color hitam unggu). Jika terdapat sisa perut ikan..mama akan tanam di setiap pokok bendi ini.

27hb Disember 2012, kelihatan buah pertama dari bendi kampung. Kemudian disusuli oleh pokok bendi kampung yang lain. Cuma bendi dikebun mama ni, masak sebiji dalam satu masa. Macam pandai pulak diorang tunggu turn.

Bendi Kampung Pertama

Manakala bendi emas pula menceriakan mama pada tahun baru 2013, berputik keluarkan bunga. Happy!


Bendi Emas - Taken on 4hb Januari 2013

Buat masa sekarang, hanya 2 pokok bendi emas mama berbuah...lagi 3 tunggu masa lah kut...:D
Okey selesai sudah mengenai bendi..lulus lah mama tanam bendi..yahooo!

12 comments:

  1. Tahniah nadia...hehe..menjadi jgak bendinya..lepas ni boleh simpan buat benih plak..nanti boleh semai bendi lagi...kalu buat kari..memang bendi la yg sya amik dlu..hehe..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh mcm amik exam plak kan..:p a'ah bendi sedap dlm kari..semalam ada 2 biji tuai..taruk dalam masak singgang

      Delete
  2. hi nadia, dulu sayo tane bendi pong jenih buoh so jah setiap kali...hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. serupo lah ni...sy buke bendi jah..lado..buah tenne..pun samo buah sutir sutir..hehhe terung jah lebat skit

      Delete
  3. hehehe.......ok la tu. Lepas ni makin menjadi2 la bendi emas tu berbuah. Tak larat nak makan pula karang. Tahniah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap mcm tu lah...td ptg pun silau kebun jap..ada lg sebiji bendi emas boleh tuai hehhe rezeki nan sebijik sehari kaedahnya

      Delete
  4. yeaayy..tahniah nadia kerana bendi anda sudah berbuah...boleh tanam byk2 lagi nanti....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay! yup sy dah semai lagi benih bendi yg dibeli kat MAHA 2012..siap dah bg 4 pokok pada jiran..terlebih semai..tanah takdak hahhaha

      Delete
  5. As salam Nadia,
    Kalau nk hasil bendi yg buat kita tersenyum, saya cdgkn tnm bendi singa baka F1, 979. Bendi ni jenis thn penyakit, buahnya lebat dan pkk hidup lama. Cabangnya juga blh keluarkan buah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. F1 prestasi yang unggul..okeh terima kasih en adry..nanti boleh dicuba benih ni

      Delete
  6. Tahniah! Tanam bendi mmg beri semangat utk tanam pokok lain yg lebih mencabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ..hehhe mmg betul..tanaman yg mencabar utk sy sekarang kobis!

      Delete