Mek Google

Loading...

Saturday, December 8, 2012

Diary Bendi Kampung & Bendi Emas

Assalamualaikum....selamat pagi sabtu yang tenang....(mama stay office sorang hari ni)

Jom cerita pasal bendi..:D

Sebelum ni dah penah keluarkan entry mengenai bendi emas....tapi tak menjadi..riwayat nya tamat sebelum sempat membesar..:|

Sekali lagi beli benih nya. Untuk elak daripada kerugian benih...mama cuba juga semai benih bendi kampung dahulu...dengan mengunakan tanah growmix.

03hb November 2012

Semai bendi kampung. Setiap petak semaian ada mama semai 2 biji untuk 1 petak semaian sebab terbaca arahan pada bungkusannya tapi setengah nya mama letak 1 biji dalam 1 petak....nak letak kesemua 2 biji sayang pulak..sebab benih nya tak banyak...ada la dalam 20 biji dalam 1 pek. Renjis air 2 kali sehari.

06hb November 2012

Selepas 2 hari...akibat nya petak yang mengandungi 2 biji benih sudah bercambah....manakala yang mengandungi 1 biji...tak bercambah. Kemungkinan benih hampa atau dibawa lari dek sang semut atau pun sang burung..:D

Ada 6 cambahan bendi kampung - Gambar diambil pada 13hb Nov

08hb November 2012

Memandangkan benih bendi kampung menjadi dengan struktur tanah growmix ni. Jadi mama semai pula benih bendi emas 2 biji.

11hb November 2012

2 cambahan bendi emas berjaya keluar. Yahuuu...:D suka sangat.
Dua beradik sudah keluar - gambar diambil pada 13hb Nov

19hb November 2012

Cambahan sudah membesar dengan jaya nya. Jadi mama alih pada polibeg dahulu. Kemudian susun dicelah-celah pokok tomato, bunga balung ayam, kailan dan lada yang dah besar supaya boleh melindungi anak pokok bendi ni dari menerima cahaya matahari yang penuh.

3 Anak Bendi Kampung
Lagi 2 Anak Bendi Kampung
1 Anak Bendi Kampung sebelah kanan...tengah 2 Anak Bendi Emas 

Pada hari yang sama juga mama semai lagi 3 biji benih bendi emas...selepas 2 hari (21hb Nov 2012) ianya bercambah.

25hb Nov 2012

Kesemua anak pokok bendi kampung dan bendi emas mama alih ke patch supaya dapat membesar dengan jayanya.

2 pokok dipindahkan ke dalam patch tinggal bersama pokok terung dan sawi

Patch bersama pokok tomato ceri

Bendi Kampung bersama daun kering

Lagi bendi kampung tanpa daun kering..nanti tengok apa kesan nya

Bendi Kampung yang menjadi kegemaran che nab

Bendi Emas pertama

Bendi Emas kedua

30hb Nov 2012

Mama alihkan 2 anak pokok bendi emas yang terbaru ke patch. Manakala 1 pokok lagi under kawalan sebab keadaan nya seperti hidup malu mati tak mahu. Harap-harap dapat hidup lah.

Patch bersebelahan serai

Bersama rumput kering

9 comments:

  1. Nampak sehat bendi nadia tuh..kan elok semai byk2 dlm byk2 akan adlh chances yg akan berhasil kan..
    Nanti bila dah berbuah nanti ceritalah sikit bz antara bendi emas ngan kampung yer..bendi kat umah nie tak terkutip pulak since sy dah jd tak braper makan sayur...huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy la jugak tanam bendi takat ni..sebab senang bercambah..compare dgn terung x cambah2 lagi..
      masa anak pokok ni..dr segi color pokok beza skit..bendi emas gelap sikit...
      mintak2 dua2 jenis berbuah...boleh tgk apa beza kan..:D

      Delete
    2. Banyak pokok bendi nadia..nanti dapat mkn bendi goreng da ni..:)

      Delete
    3. a'ah ada buah nanti boleh cuba resipi yg en iskandar tepek kt blog dia tu hehehehhe

      Delete
  2. Bendi dengan cuaca kat Malaysia ni laju je tumbuhkan. Dulu dekat Adelaide macam level naik basikal kelajuannya berbanding kat Malaysia...ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo mcm tu pulak..ingatkan lagi subur...rasa suka tanam bendi sbb elok je membesar..nanti dtg lagi bendi dr awk..boleh semai lagi..:D

      Delete
  3. Assalamualaikum,nak tanya kalau nak semai bendi ni perlu letak sahaja di atas tanah ataupun perlu tanam di dalam tanah?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete