Mek Google

Loading...

Wednesday, December 12, 2012

Tempoh Menanam Sayuran - Part 1

Untuk rekod dan sebagai rujukan mama di masa hadapan, di sini mama senaraikan tempoh mama bertanam-tanam selama 5 bulan ni:

Tanaman:
Terung Bulat - 2 bulan setengah dapat tuai buah

6 pokok terung silih-ganti hasilkan buah

Tanaman:
Sawi Dwarf - 1 bulan dapat tuai

Masalah:
Serangan dari belalang dan ulat daun.

Cara Atasi:
Mama tutup dengan jaring hitam. 

Tanaman:
Sawi Pak Choy - 1 bulan setengah dapat tuai

Masalah:
Serangan dari belalang dan ulat daun

Cara Atasi:
Mama tutup dengan jaring hitam.

Kadang-kadang datang kucing buat alas tido dia..dushhh!

Tanaman:
Kailan - 2 bulan dapat tuai

Masalah:
Setengah dari cambahan terbantut sebab lambat membuat penjarangan.

Tanaman:
Bayam Malabar - 2 bulan dah membesar tapi mama tak tuai sebab tak tahu makan.

Tanaman:
Tomato - 3 bulan dapat petik buah

Masalah:
Daun mengerekot ke atas dan kekuningan. Selepas berbuah sekali, pokok kelamaan mati.

12 comments:

  1. wow, detailnya....buku notanya mesti tebal ni yek hu hu....

    ReplyDelete
  2. hehehhe..tulah buku nota dh tebal..transform msk dlm blog la plk

    ReplyDelete
  3. wah...bagus nadia kongsikan info nie..lain kali kawn2 lain pun blh refer jgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh sambil2 sy syok sdiri ngan kebun ni ada jugak yg boleh dimanfaatkan..:p

      Delete
  4. sayur bayam malabar ni slalunya dimasak skali dgn kacang dhal...mmg sedap....chinese suke sayur ni...byk khasiat...specially utk tambah darah...kat market mmg mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. diterengganu ni mmg tak penah jumpa bayam jenis ni..tu sbb tak reti mkn..upernya banyak khasiat akan dicuba masak2..thanks golden rose

      Delete
  5. assalamualaikum nadia...
    nani dah semai biji benih cili tu.. tapi after 4 days ni, tak kuar apa2 lagi.. kenapa ek? kena tunggu bape lama ek biasanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nani 1st batch sy tanam dalam 5-6 ari jugak nk kuar
      2nd batch..liat..pastu sy kacau skit tanah..upernyer dh bercambah dlm tanah tp tak kuar..dah seminggu lbh br kuar elok..
      ini try kali ke-3..tak kuar lg ni..

      Delete
  6. me too! my bok choy also diserang by ulat & belalang.but i cant put on jaring hitam, once i put it, 4 kucing fr next door will come kacau. they like the jaring hitam! yish!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe rasa jaring tu suam-suam olive..same here..cuma sy seekor saja yang suka buat tempat tido

      Delete
  7. terung purple tu.. naik purple mata tengok he he.. terung k mar tak naik.. kena makan ke kena hujan ..tak tau la..dah kena tinggal 2 minggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm tapi terung saya bila dah berbuah untuk kali kedua ni...isi nyer dah tak comey mcm buah batch 1st...dah diserang apa tah..jd bintik2 hitam..dugaan sungguh!

      Delete