Mek Google

Loading...

Thursday, December 27, 2012

Selepas 17 Tahun

Salam Di Pagi Khamis,

Alhamdulillah mama sekeluarga tidak terlibat dengan bencana alam ini...

Pengakhiran tahun ni yang sedih bagi rakyat jelata di Chukai Kemaman Terengganu. Mama tinggal disini hampir 17 tahun..ini kali pertama tempoh keadaan banjir hampir 60% dikawasan Chukai Kemaman. Air mulai naik 11 pagi semalam..sehingga sekarang..air dikatakan maintain naik. Antara kawasan yang tak terjangka terlibat dengan banjir tiba-tiba dinaiki air adalah Bukit Mentok, Gong Pauh, Chukai Utama, Binjai, Mak Lagam, Mak Chilli, Perkampungan Fikri dan Geliga.

Hari ini seawal 5 pagi mama dah  bersiap-siap membuat kerja rumah yang rutin sebelum ke office...risau jalan jem teruk kalau bertolak lewat kerana jalan dilaporkan banyak yang tutup...hanya boleh melalui jalan dalam bandar. Melihat status rakan-rakan melalui Facebook..kebanyakkan rumah dinaiki air. Dugaan Allah nak bagi tiba-tiba sahaja...tanpa persediaan awal..agak panic...hari ni di office mama agak lengang macam kerja di hari Sabtu.

Semalam petang balik kerja, nenek mintak nak pergi tengok keadaan banjir....sangat takut..air bukan bertakung kerana longkang tapi memang pengaliran air sungai...sangat laju..banjir ni berlaku dikatakan sebab air diempangan dalam Terengganu dilepaskan untuk mengelakkan dari retak. Jika retak atau pecah..mungkin dah tak ada lah cerita dari blog mama..semoga Allah permudahkan bagi kami menghadapi ujian ini.

Ini ada beberapa gambar yang sempat diambil dikawasan Chukai Utama...main road untuk ke Kuala Terengganu dari Kemaman...lepas tu bateri phone mama mati...tak boleh ambil area yang lagi tinggi..siap naik boat bagai semalam...sekali tengok macam pesta air.






Gambar-gambar ni diambil pukul 6 petang...semalam pukul 8 malam dilaporkan...jalan ni completely tutup..tak boleh lalu..sebab air sudah naik ke paras kaki lima shop lots. Bas, dan lori sahaja dibenarkan lalu...sebab jalan dalam bandar tak sesuai untuk kenderaan jenis ni...Tak penah jadi macam ni...:(
Malam ini jika hujan berlarutan air empangan akan dilepaskan sekali lagi. Diharap semua yang terlibat dengan banjir selamat dan tabah menghadapi dugaan ini...amin

Bawah ni mama link kan blog gambar-gambar banjir di Kemaman:
http://indahdimatalya.blogspot.com/2012/12/banjir-besar-di-kemaman-terengganu.html
http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2012/12/banjir-besar-di-kemaman-terengganu-2012.html

14 comments:

  1. ishhh...teruknya banjir...ct umah kat ajil...selalunya memang banjir...tp tahun ni stakat pg ni...tanya ngan ma kat kg...alhamdulillah dok banjir lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah belah sana tak kena..belah sini pulak...tu terkejut kitaorg kat sini...tak bersedia

      Delete
  2. Assalam nadia,

    semoga semuanya dipermudahkan ya.....

    ReplyDelete
  3. bajir sana skrg teruk kan... mudah2an semuanya beransur baik secepat mungkin.. dengan nak buka skolah lagi ni.. memasing sibok nak buat persiapan itu ini.. manakan banjir lagi.. mmmm sabar la wahai penduduk pantai timur...
    >> nani nak hantar barang ke kemamam TATIUC, sana banjir gak ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau TATI tak banjir sbb tinggi...cuma jem lah..inshaallah sampai barang nya :D

      Delete
  4. Bnjir ka tmpat nadia..truk jgk ya..nadia jgn pi main bnjir plak tau..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kecik-kecik dulu suka main banjir di kampung di kelantan..sekarang kena tunggu naufal besor sikit..mama malu nak main air sorang-sorang heheheh

      Delete
  5. teruknya banjir nadia..mmg ingat dulu kalau jalan y nak peri dari terengganu ke KL ade jer jln yg tutup kerana banjir..dah tu jam berjam2 beratur..mmg letih..area umah kat kelantan pun banjir cuma umah mak mmg tak pernah kena banjir sbb tinggi..namun mcm dok dalam pualau lah dikelilingi air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kita yg tak keno banjir ni..payah nak keluar banyak jalan tutup..nak g beli brg dapur pun kena fikir2..bahan makan terputus lah..harga ikan sekarang takyah cerita mmg mahal macam jin..tak fresh mana pun..ikan sardin tin lah yang laku musim ni heheh

      Delete
  6. Ya Allah teruknye banjir kat kemaman...yang depan RHB tu naik banyak air. Nak kene balik kerteh ni,nk kene melawat MIL. Nadia take cere,semoga Allah permudahkan dan beri keselamatan buat nadia sekeluarga. Dengar berita pun rasa mcm kesian sangat sebab banyak sangat kawasan yang terjejas teruk esp setiu.

    ReplyDelete
  7. a'ah air naik tinggi mendadak..ada manager ofis ni tak sempat bawak kuar kereta2 dan brg2..punah lah semua nya kut...semua pasrah saja..area RHB tu tinggi jugak..air naik jugak..byg lah area dlm2 yg rendah tu..

    ReplyDelete
  8. Take Care ya banyak kawasan banjir di Pantai Timur sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tadi tengah hari dah beransur surut..tapi malam ni dijangka air pasang lagi...mintak semua pakat-pakat doa untuk kami disini..:D

      Delete