Mek Google

Loading...

Sunday, December 23, 2012

Ubi Kentang Kali Kedua

Salam...

Sebelum ni yang pertama hasilnya sebesar ibu jari Naufal...hukhuk takpe..cuba lagi...:D
Ini ubi kentang biasa yang diambil dari rumah nenek Naufal..dah bercambah-cambah jadi amik la tanam cuba nasib lagi. Bibik Napsiani tolong tanam dalam 2 pasu bulat pada 6hb Nov 2012 dan bercambah pada 14hb Nov 2012.

 Pasu kedua macam bantut sebab che nab bagi terlebih baja free. Berusia 2 minggu lebih - 04hb Dec 2012.

Sekarang dah masuk musim tengkujuh, hari-hari hujan lebat dan berangin. Keadaan pokok ubi kentang ni dah senget ditiup angin..manakala tanah lembik tak kuat untuk sokong. Mama tambah tanah dan alih ke tempat berbumbung supaya tak terkena air hujan. Nak letak kayu sebagai sokongan dah takde stok kat umah ni...sian pokok kentang ni..:(

 Senget sudah...

Daun pulak dah mula kering atau berpenyakit...jangan la tak jadi lagi...

7 comments:

  1. harap2 kali ni menjadi ye... lepas ni leh buat sup letak kentang kan.. nyam nyam... hihihihi

    ReplyDelete
  2. Balik KT hari tu baru rasa penangan musim tengkujuh bila lama tak merasa. Hujan je dari pagi. Tak syok pula bila musim kenduri ni.

    ReplyDelete
  3. Semalam baru balik dari KL..urusan menghantar akak bibik...hujan ribut sangat kuat...angin macam 40-50kmj je rasa...abis patah riuk pokok-pokok...pokok ubi kentang ni..rebah terus...:(
    pagi ni memang tak sempat lah nak buat apa-apa pada pokok...lagi pun angin still kuat!...huhu sedey..harap esok angin slow dan tak hujan...

    ReplyDelete
  4. Salam nadia...
    rindu nak dtg umah awak nie...semua sehat? naufal sehat? pokok2 sehat? hehehe..sy nyer kentang mmg dah sampai penghujung laaa...orng yg tak blh jaga mmg tak layak tanam kentang cam sy nie..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ummu,
      sy naufal n keluarga ok2 saja..musim-musim hujan ni rasa lapar sokmo hahahhaha...:p
      tp pokok tak sehat..kesian diorg...seme nyer senget benget...yg lagi malang patah terus...ubi ni rasa tak jadi dah..sebab air bertakung dlm pasu..huhuh

      Delete
  5. Bestnye tanam kentang...teringin nak tanam tp tak berani. Takut x jadi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wanie sy rasa this time pun tak jd...huhu sedey betul...daun makin kuning...maybe nxt time kena tanam terus ke tanah...pokok ubi keledek sy sihat membesar hujan2 ni

      Delete