Hari ini nak bercerita mengenai cili capsicum. Cili capsicum ni mama beli di pasaraya untuk hiasan dan pembangkit selera dalam masakan spaghetti mama. Masa tengah hiris cili ni teringat pada entry kawan gardener "Our Simple Garden" mengenai hasil tanaman capsicum nya yang subur. Terus mama keluarkan biji sebagai benih dan terus tabur ke dalam plastic pot. Tawakal lah hidup ke tidak. Alhamdulillah selang 3 hari bercambah pada 23hb Oct 2012. Seronok!
Cambahan berusia seminggu lebih.
Ketika berusia 6 minggu (4hb Dec 2012). Cambahan yang paling berjaya. Manakala yang lain macam bantut.
Ketika berusia 2 bulan (19hb Dec 2012) - Berbunga
Ini yang dipindahkan direct ke tanah - 04hb Dec 2012
19hb Dec 2012 - Besar sikit je..bantut sudah!
19hb Dec 2012 - Ada positive progress selepas seminggu dialih ke tanah dari pasu.
19hb Dec 2012 - Kesian kena selam dek air hujan...harap-harap bertahan lah
Mama rasa kondisi tanah faktor pembesaran mereka ni...ikutkan jadual baja, siram air, dan sinaran matahari..sama saja. Lagi sebulan tengok jadi tak bunga-bunga tu hasilkan buah.
Salam Nadia..akak doakan menjadi..pakai baja apa ya?
ReplyDeletewasalam k.mar, baja pakai tinja kambing sikit je...sbb takut terlebih kang jd kuning plk daun...pastu minggu lepas sy start tanam perut ikan dlm pasu tu sikit...hehehhe
Deletek.mar...sy smpi ke kl ni kt nursery sg buloh mencari baja cacing hehe..nk try guna baja tu plk....gigih tak?...:D
DeleteSalam nadia,
ReplyDeleteWah menariknya!! Harapnya menjadila capsicum nadia ni.
tq tunggu lg sebulan berjaya x ada hasil hehe
Deletesegar dan besar2 pokok cili nadia. saya byk kali tanam fail sebab kalah pada bena.
ReplyDeleteada 2-3 pokok je ok setakat ini...sbb byk jugak bena putih tu kt umah ni...sekali gegarkn pokok lada abis memutih berterbangan
Delete