Mek Google

Thursday, January 24, 2013

Rooting Agent: Lavender & Poinsetta

Salam,

Ini experiment dengan rooting agent yang berjaya...dah buat dengan daun sup - failed, selom - failed. Okey begini sukatan yang di buat:

1/4 sudu kecil serbuk pengakar

Air 150ml

Campuran air dan serbuk pengakar

Bulan lepas mama cuba pada pokok-pokok bunga yang baru dibeli di Sungai Buloh. Jadi ini hasilnya...:D

Pokok Bunga Lavender & Pokok Poinsetta


Pokok Lavender asalnya mempunyai banyak cabang, hodoh pulak letak dalam pasu kecik...jadi mama potong dan celup selama 15 minit ke dalam cecair serbuk pengakar. Lepas tu dapat la tanam dalam pasu yang lain.

Manakala Pokok Poinsetta pula, ada 2 cabang batang. Salah satu nya patah semasa ribut, sayang pulak nak buang jadi mama pun celup ke dalam serbuk pengakar dan tanam dalam pasu lain.


Takat ni dikira berjaya..sebab mama korek Pokok Lavender tengok sudah ada akar ketot tumbuh..dan Pokok Poinsetta pula dah ada tumbuh tunas baru....jadi biarkan saja dalam pasu ni..sehari sekali siram...letak tempat teduh..sebab pokok-pokok ni tak tahan panas.  

4 comments:

  1. Creative. Tanaman yg dicelup kebanyakannya menjadi. Nnt mesti byk pokok2 awak kalau guna kaedah ni berjaya.

    ReplyDelete
  2. Salam Nadia,

    Mak Aji pernah beli dulu serbuk mcm ni, tp caranya lain sikit, pakai celup aja keratan batang ke dlm serbuk tu, pastu terus tanam ke tanah (dlm polibeg) dan alhamdulillah ok jugak. X pernah pulak kena bancuh. Datang Sg. Buloh ya, awat x habaq, singgah je rmh Mak Aji!

    ReplyDelete
  3. Saya belum lagi pernah pakai powder macam ni lagi.

    ReplyDelete
  4. zamzurina- plan nyer mcm2 nk tanam...tp masa terhad n asyik hujan

    mak aji- kalau g area sg buloh kejap je..boleh la try lenkali celup je trus pd serbuk..sy try2 je guna sukatan tu ikut apa arahan en iskandar dari tanamsendiri

    diana - cara ni bg sy senang utk pokok tanam melalui keratan btg...especially pokok tanaman hiasan

    ReplyDelete