Mek Google

Friday, January 25, 2013

Bun Sardin

Salam Di Pagi Jumaat,

Petang sabtu lepas hujan sepanjang hari..sangat rugi tak dapat berkebun. Jadi untuk isi masa cuti, mama menjalankan aktiviti di dapur. Lepas masak lunch, mama sediakan bahan untuk buat roti...campak semua dalam breadmaker..tunggu sejam 30 minit siap!

Keluarkan dari breadmaker, uli pakai tangan dalam 10 minit..then peram lagi 30 minit...barulah mama uli bentukkan untuk taruk inti sardin.

Macam-macam size..macam pau pulak...punya lah malas nak bentukkan cantik-cantik..lagi pun Naufal duk bergayut di kaki...sangat terbatas nak berdiri lama-lama.

Ini yang berada dalam oven..bakar 25 minit suhu 165 cerlsius

Dah siap dibakar..sepatutnya gliss kan dengan telur kuning untuk nampak berkilat....tapi tak dan lah nak ber gliss-gliss..:D

Makan panas-panas best...:D

Untuk resipi bun ni kat sini...(Resipi Bun). Semasa entry ini keluar...mama & family balik kampung...kelik kelate..heeeeeee suka!!...:D

6 comments:

  1. salam nadia...bun sardin tuh feveret saya tuh..camni nadia dah takyah beli bun kat kedai lagi..buat sendiri lagi murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mmg nekad sokmo takmo beli kedai...tapi nafsu kalu tgk di bakery yang panas-panas baru masok tu mesti beli

      Delete
  2. Sadin mmg best..nadia pnya roti sadin dh mcm bli kat kdai roti je..hehe..:D

    ReplyDelete
  3. Salam Nadia,

    Sedapnya hujan-hujan ni makan bun sardin yang gebu ni! Rupa kurang sikit takpa, janji sedap ada!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang baru dapat bancuhan doh gebu...kalau dulu masa panas je sedap..bila dah sejuk sikit bulih wat pekong dinding..hehheh keras!

      Delete