Mek Google

Monday, December 17, 2012

Angin Pasang Sudah Bermula

Salam Selamat Pagi,

Dari pukul 2 pagi semalam hujan tiba-tiba lebat...beserta angin pastu berhenti..selepas beberapa minit kembali lebat...orang-orang tua cakap "hujan kejar orang tua" hehheh
Agak kesejukkan lah semalam..terus tutup kipas. Bangun pagi ni pun rasa sakit kepala sebab asyik terjaga terkejut dengan bunyi hujan. Tahun ni hujan angin tengkujuh agak lewat...kebiasaan nyer seawal bulan November tapi tahun ni bila masuk pertengahan Disember baru menampakkan hujan beserta angin seperti mahu banjir atau bah. Lain keadaan angin nya boleh rasa berbeza dengan angin hujan biasa. Lagi-lagi bila rumah berdekatan dengan pantai.   

Bila dah hujan tak henti-henti ni..mama terfikir macam mana lah keadaan kebun nanti...semalam petang pokok timun mini mama dah buang dari patch nya sebab mati kekeringan. Padahal hari-hari siram..silap apa tah. Batangnya macam lembik..kesian buah-buah timun tak sempat nak besar.

Gambar terakhir sebelum buang.

Okey takmo sedey-sedey kerana timun mini..life must go on...nanti-nati tanam lagi..seeds berlambak dalam fridge. Jom breakfast! Pagi ni mama buat half boiled egg untuk ayah 2 biji...scrambled egg dan pancake untuk mama, Naufal & akak bibik makan. Alhamdulillah rezeki kami...kenyang..happy working all!


10 comments:

  1. eer timun nadia tu diserang (dimakan) siput putih yang kecil kecil tu. cuba lihat pangkal pokok timun tu......rasanya tu yang sebabkan timun tu macam tak cukup air, kering lalu mati isk isk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada byk macam kekabuh coklat tu..banyak sgt kat daun jd lubang2...siput putih tak perasan...hidayah ada blog kan..nak tgk! tapi mcm mana eh..sbb tak share apa2

      Delete
    2. ampun maaf banyak banyak saya taada blog untuk disharekan, belum ada rezeki lagi nak berblog.....taapalah tengok blog nadia ajelah yer hu hu

      Delete
    3. aaaa hidayah ..buat la blog..boleh kita orang jamu mata pula..

      Delete
  2. nadia,

    musim banjir maghi doh ..... smale telipon ma kampung pon dio ghoyak start banjir doh klate nuh.....rumah nadia dekat pantai ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu aa angin sejuk gini mok sy pun kato nak banjir doh ni..umah sy lindung ngan bukit rendah skit..sempade dgn pantai chendor dan pantai mok nik (monica bay) jd banjir tak keno...kalu ngarung air pun..air takung huje lebat...tp kalu angin kuat..sgt gerun!

      Delete
  3. nadia punya timun mini punya pokok jadi macam salah satu pokok timun mini saya. Batang jadi lembik,saya suspek binatang yang macam kumbang kuning tu sedut cecair dekat batang sampai lembik dan putus. Last2 mati salah satu pokok timun saya.

    Tengkujuh dah ya kat terengganu,mak mertua saya duk kat kerteh bagi tau ada hujan tapi tak lebat sangat. Lewat pulak terengganu tengkujuh...biasa november sampai nk ke januari kadang tengkujuh...banjir merata2. syok... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha betul ada ladybird, kekabuh coklat kuning hala ke oren pun ada...penuh daun..belalang pun tak ketinggalan...td baru tgk2 blog sifu kebun en iskandar...ckp musim hujan ni sesuai tanam timun..nanti nak semai semula..

      itulah lain sikit tahun ni..hujan lambat...ni tgh ari ni panas semula..tapi berangin sgt..

      Delete
  4. macam-macam menyedut tanaman kita.. byk juga pokok K mar mati dan dalam proses nyawa-nyawa ikan.. sodih sodih.. sayang timun tu ..dah besar kena buang pula..

    bulan lepas ke Cherating ..singgah Geliga makan sata.. amboi anginnya ..nak makan pun susah... hujan belum lagi masa tu.. macam pelik pula ke sana tanah kering..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kak mar..tahun ni lewat musim tengkujuh...sekarang ni br start hujan dan ikan-ikan fresh dah berkurangan...kalau dtg sini musim2 gini mkn sata tak berapa best..ikan tak fresh dah

      Delete