Tengah hari sudah..cepat betul masa berlari-lari...okey hari ni mama nak display beberapa pokok Sawi Hong Kong yang masih survived...mintak-mintak survived sampai mama berjaya buat sup sayur lah yer. Dari berpuluh-puluh biji benih ini saja yang tinggal....for continous plan, hari Ahad lepas mama dah semai Sawi 5 Bintang...:D
Tiga pokok di atas berada dibahagian tepi rumah, mama letak di bawah teduhan pokok mangga dan pokok timun..cahaya matahari pagi pun kurang pada kawasan ini...lepas pukul 2 petang baru dapat cahaya direct sehingga 5 petang . Nampak daun nya kurang sehat..kekuningan dan ada bintik-bintik putih.
Manakala 5 pokok di bawah ni pula berada dihadapan halaman rumah dimana menerima cahaya pagi dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari. Daunnya nampak segar berbanding yang diatas. Kesemuanya berusia sebulan.
Pokok ini mama alihkan ke depan untuk elak dari katak buat alas tidur. Daun nya kelihatan kurang sihat.
Next..akan update keadaan Sawi 5 Bintang pulak....esok cuti Labour Day...boleh menyemai lagi..:D