Mek Google

Loading...

Monday, May 12, 2014

Cekur Dan Temu




Gambar diatas keadaan pokok cekur dan temu pada bulan February dan March lepas...selepas beberapa kali bertukar tempat...

Cekur Purple


Alhamdulillah..akhir nya mama dapat port yang best untuk cekur dan temu mama ni...sekarang dah semakin subur dengan daun yang baru..yang paling bahagia cekur purple tu sesuai sangat dia di sini dengan ada nya ulam raya sebagai payung..sebelum ni mama letak di bahagian depan rumah...nampak macam nak mati...mama ubah lagi kedudukan di belakang rumah bawah pokok lengkuas...boleh la..tapi daun nya tak menghijau sangat...kemudian..mama cuba letak di bawah awning...(sebelum ni mama semai bayam di kawasan ni) selepas sebulan...perubahan sangat ketara

Cekur Putih

Cekur putih ni berada di bawah awning...cuma takde pokok lain sebagai payung...


Temu

Temu ni mama kekal kan di bawah lengkuas...pun nampak bahagia mungkin tak perlu berkongsi payung dengan yang lain. Suka kan bila dah dapat port yang sesuai untuk pokok-pokok ni...

Entry Terdahulu:

9 comments:

  1. Salam Nadia,

    Cekur dan temu ni Nadia buat ulam gitu aja ke? Dulu arwah mak Mak Aji buat jeruk temu tu, sedap tau. Caranya tak tahulah pulak Mak Aji, tahu makan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak aji takat ni sy hanya tuai sikit taruk dlm nasi kerabu

      Delete
  2. Memang kadang2 pokok ni kita kena ubah tempat baru dia nak menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah k.mala...baru paham kenapa mak sy selalu mintak tlg ubah pasu bunga nya...ingat kan hobi hihihi

      Delete
  3. Wah, cantik cekur dan temu nadia skrg,kot2 nnti menguning pastu daun mati, jgn pulak di buang yerk. Mmg pesen pokok2 ni akan tumbuh generasi baru.mcm halia dan kunyit :). Dulu siput slalu share daun cekur putih tu, skrg da x larat nk mkn sumer sbb musim ujan ni, berebut daun naik..bby da pandai nk golek2 bdn lom? putri kite sebayakan :) -eila sepang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer eila...suka sangat tgk cekur purple tu...cantik daun nya bergulung...
      Bb Raeesa sekarang dah bergolek-golek mcm ubi badak...sama yer dah nak masuk 5 bulan...:D...x nak ada kan blog ke eila...boleh share tengok pokok2 Di laman eila

      Delete
  4. assalammualaikum Nadia.
    dah banyak koleksi tanaman Nadia.Ulam raja tu, mantap, bila nak tuai, nak buat benih ke..hihihi.Ok dik.takecare.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam k.puteri...hihih itu yang tak sempat nak tuai...ada banyak lagi kak...takde lah bagi dia jadi payung pada cekur tu..

      Delete
  5. Cekur ungu kalau letak ditempat yang lebih redup. Warnanya akan lebih menjadi ke arah keunggu-ungguan.

    ReplyDelete