Mek Google

Thursday, October 11, 2012

Kebun Mama - Part 4 - Pokok yang disemai

Jom kita update apa yang terbaru dikebun mama...:D

Awal bulan lepas mama ada semai petola....alhamdulillah dah bercambah selepas 3 hari semai...manakala benih bendi dan terung pendek belum ada tanda-tanda cambahan lagi.

Anak pokok petola berusia 4 hari selepas bercambah

Semaian lobak merah batch kedua pun dah bercambah dengan jayanya..dan mama dah alihkan pada patch ke 8 yang disediakan untuk tanam lobak merah, sawi, dan terung. Semalam bibik ada semai batang bayam merah. 

Benih pokok bunga matahari mixed pun dah bercambah dengan elok...mama tunggu lagi seminggu untuk dialihkan ke dalam pasu batu bata ditepi pagar...biar dia membesar bersama pokok bunga matahari giant....:D

Bunga Matahari Mixed - usia 8 hari

Manakala semaian roselle pertama mama dah bercambah 3 minggu lepas...mama tengok macam bantut jer...tengah fikir nak tanam dalam pasu or ke patch...macam suka nak tanam dalam pasu..tapi takde pasu yang sesuai...jadi tanam ke patch lah bersama ulam raja..:D

Roselle - 3 minggu

Ini pulak anak-anak pokok yang dibeli semasa ekspo pertanian yang diadakan  di Pantai Mok Nik (Monica Bay) Kemaman.

Mempelam Harum Manis

Mempelam Apple

Pokok Cempedak

Limau Purut

Pokok Belimbing Buluh

Limau Nipis

Pokok betik jer yang disemai benih oleh bibik....ada 3 pokok...2 sebesar dalam gambar ni..dan 1 lagi kurus sikit...tak cukup baja lah tu kut....harap-harap membesar lah..sebab dah lama tanam tapi lambat membesar....mama taruk baja ni naik la sikit...nak taruk banyak kang mati plak...

Pokok Betik

Lagi gambar-gambar tanaman di Mini Kebun mama:

Pokok Lada Jarum menunggu buah masak

Pokok Kari yang masih kecik!

Pokok Pandan nan sejemput


Antara pokok-pokok lada yang ditanam...ada banyak tapi tak tau la yang mana boleh hidup dengan jayanya..ada 2 3 pokok yang dah berbuah...tapi heran daun semua kuning-kuning...
Pokok Lada masih kecik

Lagi pokok lada 

Dua pohon dalam satu batas

No comments:

Post a Comment