Mek Google

Loading...

Monday, October 1, 2012

Kebun Mama - Part 3 - Pokok yang disemai

Ini lagi pokok-pokok yang disemai kat mini kebun mama...jom lah layan gambar...:D

Pokok Bunga Matahari Giant

Hanya satu cambahan yang berjaya hidup...lagi 19 benih mati menyembah dalam tanah...reput ada ulat kecik-kecik...syukur lah dari takde langsung kan.:D tak sabar nak tunggu besar..mama nak alih ke patch tepi pagar...biar dia berkawan dengan pokok alamanda.

Pokok Timun Mini

Sehingga pagi tadi, mama tengok ada 2 cambahan benih timun mini....yang ini mama cadang nak letak tengah-tengah patch sawi..taruk pancang elok-elok...kalau boleh taknak letak kat pagar..sebab nanti serabut pagar plak dan susah nak maintain. 

Rumah Tomato

Ini rumah dan patch tomato (asal nya mama tanam dalam pasu), sebab dah hampir musim hujan ni, mama pasangkan net dan pancang untuk elakkan pokok patah. Kayu pancang tu mama beli khas kat SSF hehehe..buluh hiasan...terjumpa buluh ni..dah sekarang ni nak cari mana lah pokok buluh...tengok harga pun mampu milik..so beli lah untuk mini kebun mama. Kerja-kerja pemasangan dilakukan oleh Ayah Naufal...thanks ayah...:D nanti upah jemput udang eh..:p

Tomato dah berbunga

Lagi lagi bunga tomato

Patch Edisi ke-7

Ini pun patch baru mama buat, guna tanah baja yang dicampur dengan tanah biasa. Mama alihkan pokok terung ke dalam patch ni..dan tinggal bersama adik-adik sawi dwarf. Pokok ulam raja tu sebagai penyeri patch..:D

No comments:

Post a Comment