Mek Google

Loading...

Wednesday, October 10, 2012

Cik Mek Bunga..:D

Terfikir bunga apa lagi mau ditanam untuk rumah mama....bagi naik seri sikit....takat ni dah ada bunga:

1. Bunga Kenanga
2. Bunga Kertas
3. Pokok Keladi
4. Pokok Buluh Jepun
5. Bunga Kemboja
6. Bunga Balung Ayam
7. Bunga "tak tahu" - bunga nya putih-putih kecik je...pokok dia rendang..nantilah snap gambar..

Tapi still nampak kosong ni....so cadangan nyer mama nak tanam pokok bunga alamanda...niat nak letak kat tepi pagar...mama dah siapkan pasu dari batu bata untuk pokok bunga alamanda dan pokok bunga matahari....tapi masalah nyer pokok bunga alamanda ni tak hidup-hidup..dah empat kali cucuk tanam batang nya...kering je...semalam mama baru je alihkan bunga matahari ke dalam pasu tu..harap-harap hidup lah dan sama-sama memberi semangat pada alamanda untuk hidup.

Ini contoh pokok bunga alamanda yang ditanam

Cadangan kedua nya mama nak tanam a few orkid...sebenarnya orkid induk dah ada kat umah parent...mama fikir nanti nak buat housekeeping pada rumah orkid parent tu yang agak serabut..nanti boleh la pecahkan jadi dua tiga empat ke...kemas sikit...then bila dah ada orkid...mama kena la adakan rumah mini untuk orkid ni...:D 

Ini salah satu orkid yang berbunga - jenis orkid vanda


Cadangan ketiga pula nak tanam pokok cempaka...ini tak fikir lagi nak tanam dalam pasu ke direct ke tanah...erm kena tengok lokasi dulu...takmo nanti membesar dengan jayanya dan serabutkan pemandangan...:D

Cadangan yang keempat mama nak tanam pokok bunga petunia...benih mama dah beli dengan En Iskandar...dari blog tanamsendiri...tapi belum ada masa lagi nak semai. Mungkin lepas balik dari kampung atau lepas selesai kerja-kerja kenduri akikah nanti....lagi pun sekarang ni musim hujan...tak sempat nak berkebun....cadangnya mama nak tanam dalam pasu tempayan...letak sepanjang tepi porch...tapi tak pasti samada pokok ni tanam panas ke tak..kena wat research gak ni...

Cadangan lain lagi mama fikir nak tanam pokok keladi yang unik-unik bentuk nya...letak kat tiang porch rumah..baru nampak penuh sikit kan.....:D
Harap-harap rajin lah mama menyiram dan membaja nya bila dah ada semua ni...kang nanya plak pokok-pokok tunggu makan dan minum depa...:p 

No comments:

Post a Comment