Mek Google

Loading...

Tuesday, October 8, 2013

Dari Biji Rupanya...:D

Salam Selamat Pagi..:D

Mama rasa sebelum ni beberapa rakan blogger sudah mempamerkan kisah masing-masing mengenai pokok bunga yang satu ni...tapi mama tak pasti nama nya...cuma yang menjadi tarikan adalah bentuk rupanya yang unik seakan seekor burung....(Entry Terdahulu) .

Nenek Naufal ada beli pokok ni beberapa tahun yang lepas...dan pokok nya makin membesar...tak silap mama pada akhir tahun lepas...mama ada cuba-cuba mencari benih pokok ni...mama cuba tanam keratan batang nya tapi tak menjadi...cuba juga ambil hujung bunga sebab ada biji-biji halus pun tak jadi..akhirnya selepas diperhatikan betul-betul...apabila kelopak bunga tu kering...ada kelongsong kering jatuh ke lantai....yang mana didalam nya mempunyai biji....seingat mama biji nyer macam biji benih bendi...setiap kelongsong mungkin ada 3-4 biji benih....

Jadi mama cuba semai biji benih nya....disebabkan pada awal tahun ni mama agak sibuk dengan persiapan untuk ke Mekah, persiapan kahwin adik lelaki...perkembangan tanaman tak sempat diambil peduli...kemudian melalui pula fasa-fasa prenancy...hihi lagi lah tak terbela nasib tanaman di rumah...sehingga lah memasuki bulan ni...mama baru dapat menjenguk apa yang jadi pada tanaman.....alhamdulillah tak sangka..rupanya usaha cuba-cuba mama menjadi...hidup pokok yang disemai...tapi tidak lah sesubur mana...:D

Buat masa sekarang mama ada 5 anak pokok...rupanya di rumah Nenek Naufal pun dah tumbuh beberapa anak pokok...mungkin sebelum ni anak pokok tak menjadi sebab biji benih tu jatuh ke lantai...bukan ke dalam pasu...:D





Sebelum ni pasu ni berada di belakang rumah....selepas buat housekeeping pada pokok-pokok bunga yang dah mati....mama alihkan pasu ni kedepan..harap-harap sesuai lah....

Tengok keadaan pokok, warnanya agak pucat dan batang nya tidak lah sebesar mana...mungkin kekurangan zat...nanti kalau larat merayap ke nursery..mama nak cari baja untuk depa ni...kesian pulak...:D 

16 comments:

  1. apa nama pokok nie nadia...kurang ariflah saya..heheh..semoga cepat2 besar yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama sebetulnya sy tak tahu ummu..sy panggil burung pucat..sbb pokok bunganya mcm bentuk burung color hijau pink pucat..hihih

      Delete
  2. i grow pakai keratan tak hidup...pokok ni nanti leaves or bunga dekat pucuk tu seakan-akan burung right?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer tepat sekali olive...kalau u nak try...nanti i try tengok ada tak benih pada pokok my mom..kalau ada boleh share nanti...

      Delete
  3. wah..bunga ni mahal kalau tempat akak.Bila ia berbunga kelihatan seperti seekor burung layang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer kak puteri...mak sy beli pokok nyer kecik je dulu rm30 lbh tak silap lah satu pokok di pasar tani...

      Delete
  4. salam nadia, apa nama pokok ni ya? tk penah tgk la...nmpak unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu la ana...sy pun tengah cari ni nama apa

      Delete
  5. assalamualaikum nadia.. apa kabar? sihat ke? mak buyong dah sarat agaknya skrg ni kan.. :) take care yer nadia.. :)
    keje2 tu jangan buat yang berat2 ye.. :) menanam pun semangat skrg ni.. :) hehehe.. nanti sure cantek bunga ni kalau dah kuar kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mak nani heheh...baru muncul!...perut dah agak besar..tapi alhamdulillah bertenaga dah sekarang ni..takde melepek jer..kalau ikutkan memang cantik pokok nya..tapi yg sy tanam ni tak cukup zat...kena maintain betul2 nih...:D

      Delete
  6. Sya x pnh tgk pokok ni..tp cantik la nadia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pokok masih kecik...nanti dh besar br nampak ada burung...unik lah..:D

      Delete
  7. Salam nadia,
    kalau tak silap, nama pokok ni pedilanthus bracteatus. Tak jadi ke tnm pkai cutting? patutnya senang je tnam pkai cutting. tpi jgn siram sgt & letak separa teduh lbh krg 3minggu. dya ada jenis pedilanthus tithmoloides, jenis kecik sikit. 2minggu lepas try tnam cutting, dah nmpak kuar akar. Jom tnam lgi. Byk2 lgi meriah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dya for sharing info..nanti akan dicuba lagi dengan keratan batang tu...:D

      Delete
  8. OKje suka gak pokok aneh2 ni NR...cantik! hehe

    ReplyDelete