Mek Google

Saturday, March 23, 2013

Medium Semaian Mama - Part 2

Selamat Pagi...waaaaa rasa ceria semacam hari ni..sebab datang keje dengan lancar nya...sebab? sekarang dah start cuti sekolah! Jalan sangat clear! Pukul 8 pagi dah ada dimeja office..record for this year hahahha..:D

Okey mama tak ada apa nak cerita..cuti sekolah pun takde plan nak kemana-mana...kerja seperti biasa...cuma semalam mama berjaya siapkan semua medium semaian..lega..settled semuanya..sekarang tunggu tanah sebati dulu dengan campuran bahan sisa dan baja..sementara itu..mama dah start menyemai benih pada tanah yang dah ok...semalam mama semai sedikit capsicum, kailan, bendi kampung dan terung panjang.

Progress membaik pulih tanah semaian mama semalam bermula dari 7.45 pagi sampailah 10.30 pagi..:D

Patch dah digemburkan tanah..mama tabur pellet tahi ayam & serbuk soil conditioner..itu ada sawi hong kong yang tua..dah berbunga..fikir nak try simpan benih nya. Kesemua patch bahagian ni dipenuhi ulam raja..jadi mama cabut lah nampak semak. 3-4 pohon lada besar tak menjadi diserang bena...pun terpaksa dibuang..

Samalah bahagian ni pun..dulu kat tengah tu ada pokok petola segi..dah kering kontang...mama buang jugak..tinggal lah pokok rambutan rasanya..tumbuh mungkin ada orang buang biji masa majlis akikah Naufal aritu.

Patch ini nanti plan nak tanam terung, carrot dan bendi..itu ada sepokok ulam raja yang sehat..mama tinggalkan dia hidup kat situ

Area ni mama tak reti nak trim sebab takut terkena pokok ubi keledek dan kunyit. Pokok cempedak mama tu nampak macam tak sehat kan..kuning je..

Pandangan keseluruhan patch belakang umah...tinggi kan lalang sebelah tu...kadang bunyi-bunyi benda bergerak..itu yang tak berani nak buat keje malam hari.

Ini bahagian tepi rumah yang dah disiapkan sebelum ni...itu 1 beg plastic hitam kumpul rumpai

Bahagian ni belum settled trim rumput dan cuci tahi burung....mentang-mentang tuan rumah kurang berada dirumah...bukan main diorang berpesta membuat jamban disisi tingkap!

Assalamualaikum next tunggu benih bercambah...setakat ni yang dah bercambah adalah benih bunga matahari.

12 comments:

  1. Yang sebelah tepi tuh banyak lagi ruang tuh nadia..boleh tanam pokok2 redup cam ciku ker, rambutan ker..at least blh tutup sket dari view jiran sebelah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak fikir gitu cuma tak tau apa pokok yg sesuai..sebab area tu kurang cahaya pagi..

      Delete
  2. salam dik,
    wah luasnya kawasan.Banyak lagi yang boleh ditanam..bagus entry ni, boleh mendorong semangat untuk lebih serius.Jangan lupa tanam bunga.agar ada warna2 sedikit setiap penjuru tu..hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga-bunga mahal kalau beli yg dah besar..nak semai sendiri kurang menjadi...tunggu matahari..kalau yang bertunas ni menjadi banyak pokok..alamatnya rumah matahari la jadinya..heheh

      Delete
  3. sejuk mata memandang bila tak ada rumput rumpai. oh ye. rumah nadia area mana ye? saya bukit kuang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uik bukit kuang area umah mak mentua tu...umah sy kat perumahan chendor pasdec..umah lama yang mula2 siap..memang kalau awk lalu..memang nampak lah..sebab berdepan jalan jer..dekat ngan surau..heheh

      Delete
  4. salam nadia, cantik lah layout batas2 sayur nadia tu...mcm tu nnti senang nak buat site supervising kan....tahniah nadia n hepi gardening

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula-mula dulu wat batas tanpa batu bata tu..sekali dtg hujan abis tah kemana-mana benih..cuma sekarang prob dengan burung..benih kacang mesti hilang

      Delete
  5. Wow kemasnya. Banyak kawasan lagi boleh buka tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. br dapat idea nak tanam jambu batu..semalam mkn sedap pulak..heheh

      Delete
  6. Salam Nadia,

    Lalang sebelah yg x syok tu, jangan ada yang berbunyi2 dr sebelah menyeberang sudah! Pun leceh bila lalang menjangkit ke sebelah sini. Jeles tengok kawasan kemas je! Bilalah nak buat patch sayur pakai susun bata ni, memang lebih mudah drp kena cangkul batas, kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ada yg berjangkit..sy gunting je...tak larat nak cabut yg kasar2 tu..mungkin ada yg menyeberang..tapi tak terserempak lagi..sbb jiran sebelah pernah jumpa kt belakang umah dia..berkilat hitam!
      awal2 dulu sy cangkul buat batas...dah elok jadi batas..dtg hujan terus melepek..huhu dengan sy pun melepek demam...tak larat!

      Delete