Mek Google

Loading...

Monday, February 4, 2013

Tempoh Menanam Sayuran - Part 3

Tanaman:
Sawi Hong Kong - 1 bulan setengah dapat tuai hasil. Mama tutup dengan jaring hitam untuk elak dari serangan belalang dan tanam sisa ikan sebagai baja.

Tanaman:
Petola Segi - 3 bulan dapat tuai hasil

Masalah:
Tak banyak bunga betina dan sukar menjadi buah disebabkan kegagalan proses pendebungaan.

Cara atasi:
Mama belajar membuat proses pendebungaan secara manual.

Hasil pendebungaan sendiri oleh mama.

Tanaman:
Bendi Kampung - 2 bulan dapat tuai hasil

Masalah:
 - Tiada masalah - pokok bendi kampung sangat independent. Cuma buah tak lebat.

Cara atasi:
Mama bajakan dengan campuran baja organik, sisa ikan dan baja kimia.

Pokok bendi kampung berusia sebulan 3 minggu.

Tanaman:
Bendi Emas - 2 bulan dapat tuai hasil

Masalah:
 - Tiada masalah - pokok bendi emas sangat independent. Cuma buah tak lebat dan pendek gemok.

Cara atasi:
Mama bajakan dengan campuran baja organik, sisa ikan dan baja kimia.



Tanaman:
Kobis Cina - 1 bulan setengah dapat tuai hasil.

Masalah:
Permulaan agak perlahan membesar.

Cara atasi:
Mama alih-alih kan pada tempat lain dan tambah kompos pada tanah.

10 comments:

  1. Salam nadia..
    cepat jgkkan menuai hasil kebanyakkannya..kalau petola tuh yg sy nyer byk kuar bunga betina tp selalu buah tak sempat jd besar..tak buat apapun sbb malas...
    p/s - yg parcel tuh tgh arrange kan diorang hantar sini sbb abuaidan ssh nak cuti nak pergi kat tpt immigration tuh ..nanti apa2 kita updatelah..moga2 selamat..nak makan ulam raja nie..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. orite..sy doa gak ni mudah lah urusan nak amik seed ulam raja tu..:D

      Delete
  2. Salam Nadia,
    banyaknya stok sayur.Baguskan banyak sayur disekeliling rumah..boleh masak bila2 masa. Kenapa tak tanam labu air atau labu kundur?..labu kundur kalau dah tua, tahan simpan bertahun,macam labu manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. k.puteri...sy ada benih labu-labuan..tapi tak tertanam lagi..ntah elok lagi tah..sy takut jadi semak laman umah..tak sempat manage...lagi pun..area tanah kosong dh tak banyak...kena clear dulu ulam raja kut yg memenuhi laman belakang umah..:D

      Delete
  3. Salam nadia,

    suka tengok laman tanaman nadia,ada macam2. Petola tu besar ya,yang kubis cina tu pun best tengok. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh petola tu yg plg besar di laman sy..tak besar sgt..cukup untuk sy dan mak wat ulam makan nasi heheheh

      Delete
  4. Petola yang berjaya.. akak baru semai petola

    ReplyDelete
    Replies
    1. petola memang sy suka dr tanam timun mini..timun memang tak hidup2...

      Delete
  5. Jom Sihat - Amalkan Pertanian Organik

    ReplyDelete