Mek Google

Loading...

Thursday, February 28, 2013

Kesyahduan Raudhah

Salam,

Beberapa minggu sebelum ke Tanah Suci, pengisian untuk ke sana mama perolehi dari kursus umrah yang dianjurkan oleh pihak agensi sebanyak 4 kali. Selain itu, mama gunakan pak google. Alhamdulillah sekarang macam-macam kita boleh baca dengan hanya click.

Okey melalui pembacaan mama, rata-rata menceritakan pengalaman untuk menempatkan diri di Raudhah. Banyak dugaan yang perlu dihadapi untuk ke Raudhah dek kerana tempat yang kecil dan terlalu ramai yang berasak-asak untuk berada disitu dalam satu-satu masa. Terdetik dihati mama....bagaimana lah nanti..sungguh tak dapat mama nak bayangkan...walaupun ramai yang menceritakan kesukaran masing-masing semasa berada di Raudhah. Mama tetap tak dapat nak bayangkan...cuma apa yang mama sematkan dalam hati dan minda ni...by hook or by crook permaidani hijau kelabu perlu diziarahi.

Alhamdulillah, pada pagi 11hb February...usai solat subuh dan sarapan pagi...jam 7.30 pagi lebih kurang kami diminta berkumpul untuk dibawa ziarah. Bagi perempuan, ke Raudhah, manakala Raudhah, Makam Nabi & perkuburan Baqi' bagi lelaki. Jam 8.15 pagi...kami bergerak ke Masjid Nabawi secara berasingan lelaki dan perempuan.

Di ruang legar luar masjid tempat kami berkumpul...sangat indah!

Lebih kurang 5 minit berjalan di dalam masjid Nabawi..kami sampai pada satu bahagian berhadapan dengan pintu besar..kami diminta oleh polis masjid untuk tunggu.."ibu ibu..duduk disini..duduk". Mama terpinga-pinga pada mulanya..terus ada sorang makcik ni cakap..jangan duduk..buat solat sunat tahiyatul masjid dulu..kemudian solat sunat dhuha..kita mungkin lama kena tunggu disini...

Kawasan permulaan mama menunggu..cantikkan? 

Memang betul...lebih kurang sejam lebih menunggu diluar....baru kami dibenarkan bergerak masuk melalui pintu besar tu...tapi belum dapat terus ke Raudhah..rupanya..banyak lagi tempat menunggu sebelum dapat masuk ke Raudhah...:D memang tahap kesabaran perlu lah sangat tinggi....:D

Di depan tu ada 2 lagi ruangan menunggu..sebelum dapat masuk ke Raudhah

Di tempat menunggu kedua, selepas 30 minit..kami dibenarkan bergerak ke depan sedikit setelah kumpulan orang Turki bergerak masuk ke Raudhah. Keadaan menjadi agak kelam kabut sebentar..apabila ada yang berdegil untuk masuk ke Raudhah walaupun tak dibenarkan. Masa tu lebih kurang pukul 10.30 pagi....seorang mutawwif dari Indonesia ada berbincang dengan polis masjid...meminta dibenarkan kami masuk memandangkan sudah lama menunggu. Tapi hampa tetap tak dibenarkan. Mungkin ada rational nya...keadaan akan membahayakan diri kami jika berasak-asak dengan orang-orang Timur Tengah yang kita sendiri sedia maklum mereka mempunyai kelebihan dari segi fizikal.

Mama ternampak kubah hijau..dibawah kubah hijau adalah makam Rasulullah S.A.W

Kaki dah terasa kebas yang amat menunggu...begini rupanya untuk ke Raudhah...setelah hampir 3 jam menunggu..akhirnya kami dibenarkan masuk. Semasa dibenarkan...mama tak dapat nak berfikir apa-apa..kaki berlari mencari permaidani hijau kelabu...jumpa..terus mama niat solat sebanyak mana yang dapat...tiba-tiba hati menjadi sayu..sayu sangat...tak percaya pada diri dapat menjejak kan kaki ke sini...Alhamdulillah syukur padaNya..:D      

11 comments:

  1. syukur alhamdulillah.. bahagianya dapat jadi tetamunya. Doakanlah kami yang belum sampai ni

    ReplyDelete
  2. syahdu bila baca perkongsian nadia ni...doakan kami pula supaya dpt smp ke sana....amin

    ReplyDelete
  3. Baru semalam bercerita di Grup FB tentang Raudhah ni. Best kan. Nak menunggu tu lama juga terasa. Saya berkenalan dengan jemaah Indonesia. Lepas tu terserempak pula dengan kawan seuniversiti, yang dah lamaaaa tak berjumpa semenjak grad. Dia menunaikan Haji di usia muda masa tu.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah....saya yang baca ni pun terasa sayu sangat. Semoga kami dapat juga menjejakkan kaki ke tanah suci satu hari nanti. amiin.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah nadia akhirnya ..terasa syahdunya kan bila berada disana..harap2 kami pula mendpt panggilan untuk kesana.:)

    ReplyDelete
  6. Salam Nadia,

    Rindunya untuk menjejak ke sana lagi! Sebak ni! Ada payung ya kat luar masjid Nabawi, cantik. Macam kat airport Jeddah rupanya. Memang mencabar kesabaran utk ke Raudah tetapi apabila sempat solat di situ, segala pengorbanan berbaloi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah mak aji..payung boleh buka dan tutup...masa buka pukul 6.30 pagi..ramai org amik video..cantik sangat..:D

      Delete
  7. Amin..in shaa allah..kalian akan dijemput ke sana..sy pun trasa nak pegi lagi..:D

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum. Syukur Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum. Syukur Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. Tenang sahaja rasa bila berada di sana...tukang kebun tak tahu bila ada rezeki nak pergi.

    ReplyDelete