Mek Google

Loading...

Monday, February 25, 2013

Bunga-Bunga Di Kota Madinah

Salam Semua,

Alhamdulillah hari ini mama dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa...selepas 2 hari dapat MC...tido melepek keletihan disebabkan demam, selsema dan batuk. Niat dihati balik sahaja Malaysia nak bercerita keterujaan mama di Kota Madinah ni...(teruja rupanya di sana ada tanaman cantik-cantik..ingatkan pokok tamar semata-mata)...betapa cetek nya pengetahuan dan pemandangan mama kan...:D

Pada 3 hari pertama, mama berada di Kota Madinah...memang melopong tengok bunga yang diorang tanam..macam di Cameron pulak..semua cantik-cantik, macam-macam color, segar aja...cuma tak dapat nak pegang sebab hanya dapat tengok dalam bas. Kebanyakkan bunga ditanam di kawasan bandar...jadi yang mana sempat sahaja dapat snap..sebab bas bergerak laju...

Mama lagi la melopong bila tengok..eh ada pokok tomato dan sejenis pokok sawi atau kobis...diorang tanam diantara celah-celah bunga...hahah macam rusa masuk kampung pandang kiri kanan bas...ayah Naufal cakap...."nasib lah dapat bini suka berkebun..gini rupanya..:p"

Okey ini antara gambar yang menjadi disnap dalam bas...yang lain blur..sebab bas bergerak laju...:)
Pokok bunga yang meninggi...apa tah nama tak tahu
Bunga rapat ke tanah...macam-macam color..yang paling banyak color putih, pink, & merah
 
Tengok tanah kering..tapi bunga elok-elok jer...nampak tak pokok tomato dalam bulatan tu?
Semua dalam bulatan ada ditanam pokok tomato
Ada siapa tahu apa jenis bunga ni??...mama cuba amik yang color purple dan maroon..tapi semua gambar blur...bunga-bunga ni merata ditanam di bandar Madinah yang sejuk dan nyaman...:D

13 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah ada juga entry yang di tunggu2 dan di rindu2....hehe. Selamat kembali.

    First time tengok entry pasal kecantikan tanaman di kota madinah,subhanallah. saya ingat kan cuaca panas sana ada pokok kurma je. rupanya ada pelbagai2 pokok bunga dan tumbuhan boleh hidup. sangat cantik ciptaan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuaca kat madinah sejuk nyaman...lebih sejuk berbanding di kota mekah..dan sy nampak tukang kebun nya lepaskan air dengan banyak..sy pegi ni musim sejuk...tak tahu lah keadaan bila musim panas mcm mana

      Delete
  2. Replies
    1. selamat sudah..masih ternampak-nampak kaabah..:D

      Delete
  3. Assalamualaikum nadia...selamat kembali...rindunya nak dengar khabar & cerita dari nadia..naufal ikut jgk ker buat umrah?

    Hehe.kena jgk kan ngan ayah naufal...takper..nasib...agaknya cuaca yg nyaman tu sesuai utk tanam pelbagai tanaman kan wpun ade gak musim panas...

    Nadia..benih tuh dah lama dah dpt..dah selamat pun tanam ulam raja tuh..dah bercambah dah pon.hheeh..cuma baru perasan mcm takder benih cili..agaknya diorang buang kotyer tak lepas....

    anyway..take care yer..nanti citer byk2 lagi...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dah sampai..sy dah intai-intai blog kwn2..cuma tak sempat nak komen-komen..hhehe..demam jadi moody tak tentu pasal..arini baru ceria sikit

      erk benih cili takde ke..erm ke sy yang tak masukkan..hahah makcik lupa kut!! tapi rasa nya tak ralat kut klu takde..sebab sy tanam bercambah tapi tak hidup dengan jayanya...semua dah jadi arwah

      Naufal tak ikut...stay ngan tok dan nenek nya...tapi kat sana ramai jer org bwk baby...rindu sgt kat Naufal masa kt sana..sebab masa solat pun ada jer nampak baby comel2...

      Delete
  4. rasanya itu sejenis bunga Sweet William... cantiknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha dah ada nama..nak google lah..thanks lynn!

      Delete
  5. Salam Nadia,

    Selamat kembali. Siapa sangka Nadia ke Madinah bawa balik foto bunga dan pokok tomato ya! Semasa ke sana dulu awal 2000'an x perasan pulak, atau memang mrk belum tanam kut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe itu lah mak aji..sy memang dlm kepala mesti best ni share ngan kwn2 bertanam bila tgk bunga merata2 di bandar madinah..ada jugak sy nampak pokok tomato dlm pasu pokok palm..rasa nya tumbuh sbb ada yang buang buah tomato dlm kebab hahahha

      Delete
  6. bunga tu petunia, frost fire series

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak kalau tanam di malaysia ni ok ke tak..cantik betul..ingat nak cari benih lah

      Delete
    2. hm..kalau petunia lynn surrender..sbb dah berkali2 tanam, failed!

      Delete