Pernah tak beli biskut ni, raya tahun lepas berbalang-balang beli sebab sedap...harga agak mahal..tapi sebab sedap..beli lah jugak....rupanya cara nak buat sangat lah mudah...dan sekejap saja...ada sorang rakan di facebook ada mengatakan "orang yang tak tahu masak level negative pun boleh buat ni" heheheh
Jadi raya tahun ni..in shaa allah mama tak order lah biskut ni di kedai...memang berjanji dengan diri akan buat sendiri...boleh makan banyak kan kan kan...:D
Resipi:
200 gram tepung florentta
200 gram badam hiris
100 gram kuaci hijau/bunga matahari
20 gram bijan
Caranya:
1. Campurkan tepung florentta dengan bijan.
2.Badam & kuaci dibakar sebentar dalam oven suhu 160 celsius selama 5 minit.
3. Satukan semua bahan dalam bekas. Gaul rata sehingga semua bersalut sempurna
4.Sediakan loyang (mama guna size 12X12), alas dengan kertas baking nonstick.
5. Panaskan oven suhu 160 celcius
6. Tuangkan bahan yang digaul rata tadi ke dalam loyang. Ratakan nipis. Bakar selama lebih kurang 10-15 minit sehingga keperangan.
7. Sejurus selepas keluar dari oven terus potong kepada kepingan ketika masih panas-panas. Jika terlewat ianya akan sejuk dan sukar untuk dipotong.
8. Bila dah betul-betul sejuk, boleh lah dipatahkan potongan tadi.
Selamat mencuba!
Itulah nadia... bila dah buat baru tahu mudah sebenarnya ye
ReplyDeleteKakak tapi tak pernah buat lagi. Baca resepi nadia sini pun baru tahu:)
rs nie rasanya tak pernah makankot crunchy almond nie..teringin nak buat dengarnya senang cuma takder tepung ngan biji matahari tuh kena cariklah dulu kan...
ReplyDeleteSenang sgt nk buat ni...dan senang betul abiskan hihihi
ReplyDeletemenurut opismate saya memang senang sangat nak buatnya. Dah ada tepungnya di kedai kek dan hanya masukkan kekacang saje. tepung florentta tu lah agaknya. tukang masak level negatif tu sayalah tu :)
ReplyDelete