Mek Google

Loading...

Wednesday, September 18, 2013

Review: Greenhill Apartment Cameron Highland 2013

Salam & Selamat Pagi,

Selamat Hari Malaysia (16hb Sept 2013)....bersempena cuti umum lepas mama dapat 4 hari cuti free..direct..hari Jumaat sampai lah Isnin...bila ada cuti direct macam ni harus lah gerakkan diri sekeluarga berjalan-jalan..:D

Once again..destinasi yang tak pernah jemu...Cameron Highland lah mana lagi...untuk menyenangkan fikiran..mama contact saja owner penginapan yang sama dengan tahun lepas...mama booking di Greenhill Apartment...yang berdekatan dengan Heritage Hotel di Tanah Rata..ramai owner nya tapi senang cerita mama guna pautan website ini Greenhill Apartments .Selesai pembayaran semua...owner akan lampirkan contact nombor melalui email. Mama dapat rumah bernama Carnation bernombor C11..tahun lepas C12...mama booking untuk semalaman sahaja 14hb hingga 15hb Sept 2013...nama ownernya Ms Thong..:D

Pandangan hadapan

Carnation 

Pandangan tepi penuh dengan bunga kertas..cantik-cantik color

Diberandah

 Ruang tamu


 Ruangan makan..kami sempat bawak bekal makan kat apartment ni.

Ruangan dapur

Apartment ni mempunyai 3 bilik (master bedroom, bilik tengah dan single bedroom). 2 bilik air...sama macam standard apartment lah.

Master bedroom


Bilik tengah


Single bedroom


Alhamdulillah...keadaan rumah nya bagus seperti mana yang tahun lepas..bersih tidak berbau dan segala peralatan dalam berkeadaan yang baik...barang kelengkapan dapur pun tersusun rapi...cuma nenek Naufal lebih selesa menggunakan alatan sendiri..seperti cawan, pinggan, dan sudu..heheh jadi terpaksa lah kami bawa dari rumah siap-siap...:p

Manakala proses pengambilan dan penyerahan kunci rumah pun tak perlu menunggu lama....persekitaran di sini sangat privacy....tak bersesak...parking lot luas jadi takde lah berebut-rebut...memang selamat lah kereta kita..sebab berada di depan mata sahaja...heheh

Greenhill Apartment ni berdekatan dengan pekan Tanah Rata....nak jalan kaki ke pekan pun dekat..10-15 minit saja...:D Kalau nak ke pekan Brinchang dalam 10 minit dan ke Kea Farm 20 minit pemanduan...tapi ini jarak waktu semasa hari biasa..orang tak ramai...kalau datang cuti public macam ni...nak ke Kea Farm tu jenuh makan masa hampir 2 jam...hihihih...nasib lah labu..kata cuti-cuti..kat Malaysia ni kalau time cuti tak sah tak jem kan..:D

Secara keseluruhannya..mama memang puas hati dengan khidmat penginapan di Greenhill Apartment...dah 3 kali berturut menginap di sini..next mungkin nak try tempat lain lah pulak..:D

Next cerita...bersambung esok-esok hari jika sempat....lepas ni nak blog walking pulak...:p

21 comments:

  1. As salam Nadia,

    Jika saya ke CH, apartment milik org Melayu(Carnation Park, Tanah Rata) yg jadi pilihan saya krn ia hanya utk muslim sahaja. Jadi tak was-was nak gunakan bilik tersebut. Kalo duk kat hotel saya lbh suka di Brinchang sbb blh jln kaki ke byk tempat(termasuk pasar malam).

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh cuba carnation park pulak..kalo ke brinchang tu mcm sesak sikit kan..hari tu ada terfikir nak duk crown apatah..betul2 bawah tu pasar malam..sebelah petronas..tp dah full booked

      Delete
    2. Yg dkt petronas dan balai bomba tu Crown Imperial Court kot. Masa cuti/public holiday biasanya tempat penginapan di Brinchang akan fully booked.

      Delete
  2. bestnya gi CH, dah lama tak pi sana, rindu rasanya

    ReplyDelete
  3. salam nadia
    rasa2nya pernah dudukjgk apartm tuh ms long time ago dtg ngan adik bradik..snya dkt 10 thn dok..drp tgk2bhg dlm, bilikdan ruang tamu tuh rsnyamcm familiar..tp tak tahulah betul ker taksbb dah lupa nama..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin lah kut..sbb bangunan ni tahun 2003 pun dh ada..masa tu sy stay kat heritage..

      Delete
  4. salam nadia, betul la CH ni tak jemu....mungkin weather n roses kot...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..kalau g tempat sejuk ni sy suka sangat berangan kulit rasa cantik jer kahkahkah

      Delete
  5. Sya pg ke cameron cti sek aritu bilik semuanya penuh..dpt bilik yg mahal je...takde lif plak tu?.penat la naik tngga..huhu...lain kali nk amik bilik hotel awal2 seblm pg cameron..pnat pusing2 cri bilik....yang nadia ddk ni..ok jgk..kemas...selesa je nmpk...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu sbb amik umah ni sbb senang ke parking kete terus keluar umah terus park..lagi pun bawak mak ayah..dgn anak lagi..nak naik tangga tinggi2 susah..kesian orang tua..juga sy yg memboyot ni..kalau pegi time cuti memang rega semua double..time tak cuti susah juga..:D

      Delete
  6. Salam Nadia,

    Seronok mama Naufal gi CH ya! Kali akhir Mak Aji ke sana Mak Aji tumpang tido kat rumah adik di kuarters kerajaan juga di Tanah Rata - adik bertugas di PPD di situ. Sekarang musim hujan pasti sejuk menggigil kat sana terutama subuh2 pagi ya! Cantik dan kemas apartmen tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok!!! memang hujan petang lebat...sampai tgh malam tu renyai2..tido takyah ckp la mmg berselimut...2 3 lapis pakai baju...kalau ada sedara sana lg best..boleh masak steamboat!...sy g aritu takde la masak apa pun..grg telur wat sandwich utk brekfes jer..

      Delete
  7. Salam Nadia,

    CH memang best nak shopping sayur dgn buah, tengok bunga-bunga,kami pernah menginap di Equtorial, nyaman cuaca disana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan best sayur2...ni pun tgh susun gambar2 sayur n buah..rupanya somi sy tak amik byk gambar sayur..adoi lah..

      Delete
  8. assalam Nadia... ok je Mak Yong ke sana? udara nyaman dan banyak bunga-bunga kat sini .. entah bila la nak ke sini lagi... time cuti hari tu boss ajak ke Fraser Hill lagi... akak takmo pergi la.. nanti penat sebab ada exam.. sebenarnya nak berkebun he he... lepas tu kepala tiong tiong ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ok k.mar..jalan2 duduk..pastu mulut duk mengunyah je..sejuk kan cuaca jd rasa cepat lapar...:p
      aritu sy pun tersilap jalan..ikut GPS ke fraser hill..nasib baik perasan..pusing balik..:D
      masih tiong tiong ke?

      Delete
  9. OOOO kalau camtu boleh la nani ke greenhills apartment pulak kali ni.. nampak mcm best.. hari tu pergi ch kitorang menginap kat lounge je. HEHEHEHE
    X sabar nak dengar sambungan hari ni. Cepat apdet yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. arini tak sempat kut update..later...tak sempat susun gambar lagi :p

      Delete
  10. Bila tengok orang pergi, tak sabar nak tunggu bulan Disember. Perancangan tahun ni family day di Cameron. Dapat booking rumah persekutuan.

    ReplyDelete
  11. perasan jugak rumah persekutuan ni..tak silap nampak masa menghala ke brinchang dr tanah rata...rumah ni hanya untuk kakitangan awam jer kan...cantik jugak persekitaran..

    ReplyDelete