Mek Google

Loading...

Sunday, September 22, 2013

Bunga-bunga Penyeri

Salam pagi Ahad,

Meh nak sambung lagi cerita berjalan-jalan di Cameron Highland. Tak sah kan kalau tak amik gambar bunga-bungaan...ini mama notakan antara bunga yang sempat mama tengok...sungguh cantik-cantik ciptaan Allah s.w.t.

Bunga-bunga yang terdapat di persekitaran homestay, pagi Ahad tu saja bawak Naufal berjalan kaki hirup udara segar..memang sejuk lah..sebab malam tu hujan non stop...tapi Naufal relax ajer dengan t-shirt...hahah silap mama lupa bawak sweater untuk Naufal.

Antara banyak-banyak bunga kertas...mama suka sangat tengok bunga kertas ni..color daun dan bunga yang pekat.




Amarilys

Mama ke MARDI pada pagi Ahad....pukul 10 pagi tu dah ramai orang. Tak abis pun round satu MARDI tu penat kaki...singgah kat kafetaria MARDI makan mee kari, bihun sup, nasi dan lauk-lauk serta pau...boleh tahan masakan nyer...tak tau la kut selera sebab cuaca sejuk kan...cepat lapar...:D

Antara bunga yang terdapat di MARDI:

Tak tahu apa nama ni..cuba cari tagging tapi tak jumpa..ini yang paling pelik color biru torquise

yang jatuh bertaburan

Ni bunga Lavender kut 

Bunga Daisy

Rose Jingga

Roses Merah..gebu betul color nya

Rose kelopak tajam

Kat bawah ni pulak bunga-bunga yang dijual di pasar malam Brinchang. Mama ke pasar malam Brinchang pada Sabtu malam. Masa tu hujan..redah jugak lah...tak bawak Naufal..tinggalkan dengan Atok nya. Tak beli apa pun..tengok-tengok saja sebab kebanyakkan sayur tak fresh.

 Bila lah nak dapat bunga matahari comey-comey macam ni...berbaris senyum dipagar rumah


Dulu kat umah nenek mama ada bunga ni..color biru muda..

Antara roses yang kesejukan kena air hujan.



 Amarylis..jenis ni dah ada kat umah



Banyak jugak bunga-bunga yang mama tak tahu nama...tapi yang penting Alhamdulillah mama dapat menahan diri dari membeli bunga-bunga ni...memang murah-murah harga kurang rm10 sepokok...tapi mama tetap saiko kan diri..sebab sebelum ni pernah beli anak pokok bunga..sampai ke Kemaman..tak sampai sebulan...dah arwah...rugikan..baik beli sayur dan buah-buah...:D

7 comments:

  1. salam nadia,
    semua cantik2 bunganyer tuh..saya suka kalau dapat tanam bunga matahari camtuh mmg nakpak meriah gitu beramai2 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tgk kat cameron br ni naik semangat plak nak tanam2...tapi lenguh betul

      Delete
  2. salam nadia, dan dan rasa segar tgk bunga cantik2 ni...mula lah berangan kalau semua ni ada kat laman kita....alangkah bahagianya kan?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nadia..
    betul tu.. nani pun sama.. kalau ke cameron tu tak sah klu tak amik gambar bunga kan.. semua cantek2 belaka.. bunga yg tak dapat hidup di dlm cuaca panas seperti kat KL ni.. cantek dan uniq belaka hidup subur kat sana.. mmg cameron ialah tempat yg sangat indah untuk tenangkan fikiran.. :) suka CH..

    ReplyDelete
  4. Salam Nadia,

    Subhanallah, semuanya cantik2 belaka. Memang boleh menyegarkan minda tengok bunga kat tempat sejuk ni ya.Thank you for sharing

    ReplyDelete
  5. Masya Allah...cantik2 semuanya. Dah 10 thn plus plus tak ke Cameron.

    ReplyDelete
  6. salam na, nani, saodah, awin...teruja kan tengok...kalau boleh petik dah lama sy petik bawak balik..:D

    ReplyDelete