Mek Google

Thursday, October 9, 2014

Kapas Bayi Uji Benih Lapuk

Assalamualaikum....hampir seminggu beraya....beria beraya tahun ni siap dapat balik kampung!!! 

Nanti ada entri khas raya...hihihi....sebelum tu nak tunjuk cubaan menyemai guna kapas...saya tak ada kapas muka...jadi ganti dengan kapas bayi...kapas lebihan yang digunakan untuk bersihkan pusat Raeesa dulu...banyak lagi tak berhabis....

Sebenarnya..benih-benih yang saya cuba semai ni..benih lama...tahun 2012 rasanya beli..tak abis-abis semai...jadi cuba semai pada kapas..nak tengok masih bernas ke tidak benih ni

Saya semai benih tomato, cili solok, terung panjang, asparagus dan kailan...Kapas saya basah kan dengan air suam dan aturnya dalam bekas plastik.



Ini gambaran pada hari kedua...ada nampak benih tomato kuarkan tunas.


Selepas 6 hari yang berjaya hanya lah benih tomato...yang lain takde tanda-tanda tunas bercambah...kapas pun dah start kuarkan bau...jadi saya kutip semua benih yang tak bercambah tu..alihkan pada tanah pasu terus. Tak tau lah menjadi ke tak..sebab sekarang ni kurang panas..asyik mendung dan hujan.

Ada lagi benih yang lama- lama...nanti akan diuji kesemua nya.

16 comments:

  1. Salam Nadia,

    Tak terfikir I tentang kaedah ni hahaha. Terima kasih dear!

    ReplyDelete
  2. Sy tengok kat internet gak ni...mmg cepat bercambah kalau benih yang sihat

    ReplyDelete
  3. assalams,
    menarik kaedah ni..anak saya ada belajar hari tu kat sekolah cikgu ajar...dia bawak balik rumah kacang hijau yg dah tumbuh, kapas letak dalam botol..:)

    ReplyDelete
  4. Kalau nasib baik akan cambah juga Nad.
    Kalau org negera sejuk banyak buat cara cambahkan di kapas macam ini kan
    Tapi kakak tak pernah buat cara ini. Macam sayangkan kapas hihi...
    Habis benih tomato tu Nad pun alih dlm pasu juga ke?
    Kakak semai tomato ceri dlm pasu semua kena makan semut. Geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer k.zakie...sy semai dlm pasu n setengah nya terus pada tanah...kalau dlm pasu ni elok sikit sbb boleh kawal

      Delete
  5. hahaa...lucu. Kak pun baru semalam semai biji anggur beli kat pasaraya..letak atas kapas lembab pas tu masuk dalam petiais. Nak tengok bertunas ke dak

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh pasaipa buh dalam peti ais?

      Delete
    2. Hihi bila dah minat sama suka tanam2 kan..mcm2 cara nak cuba...kwn sy dulu tinggal kat Bangkok...ada gak die buat cara ni semai biji anggur...jadi rasa nya..

      Delete
  6. Kak Mar pun ada banyak benih lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom k.mar kita buat experiment cara k.puteri bagi tau tu..guna kain tuala meja

      Delete
  7. sy guna tissu,,tapi kena tambah air selalu,cepat kering,,guna kapas mungkin lambat kering kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CB cuma kapas ni bila dah banyak hari ada bau...mungkin sbb lembap je kan

      Delete
  8. Benih cili dan terung, biasanya mengambil masa 2 minggu ke 3 minggu baru nampak bernas tak bernas nya.
    Cuba cara ni..letak benih dalam kain tuala bekas lap meja yg.dah tak digunakan, lipat elok2 dan rendam dari jam 8 pagi hingga petang sekitar jam 4, keluarkan dan jangan buka biarkan ia seketika sehingga air tidak lagi menitis, tanam/kambus tuala berisi benih tadi ke dalam tanah dan timbun, esok pagi keluarkan tuala tersebut dan periksa benih benih itu..akan nampak hasilnya.InsyAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik k.puteri tak tau cara ni..nanti sy buat..n up entri apa hasil nya...nak cuba petang ni lah...kain lap meja yg lama2 pun banyak...jenis sayang nak buang benda lama hihih

      Delete
    2. Oo ada ilmu baru ni.. jom kita..

      Delete