Mek Google

Saturday, October 18, 2014

Terapi Minda


Assalamualaikum & Selamat Pagi,

Sarapan apa pagi ni yer...saya agak kurang sihat...batuk makin menjadi-jadi...tekak dah mula rasa berpasir dan kepala berdenyut. Jadi sarapan ala kadar saja...petang semalam ada buat roti Paung dan kek pisang...jadi makan yang itu saja lah.

Berbalik pada tajuk entri...bulan ni saya ada award diri sendiri dengan membeli beberapa barang untuk hobi saya...:D

Minggu lepas saya ke Kuantan menemani mak saya..selesai urusan nya..kami melalui jalan ke Teluk Cempedak untuk pulang. Sepanjang jalan tu ada beberapa nurseri...apa lagi dua-dua peminat tanaman...kami berhenti untuk cuci mata....kalau tak silap nurseri nya bernama Carnation.
Bersih tempatnya, sampaikan saya berhati-hati untuk melangkah sebab tapak kasut berpasir sedangkan lantai simen nya bersih tanpa pasir sikit pun. Nak ambil gambar pun segan, pekerja nya mengekori saja..:p

Hampir sejam mencuci mata...saya bercadang untuk mencuci poket pula...


Tanah ni rm10 15kg/28liter...tanah nya telah dirawat dan dicampur dengan pelbagai jenis bahan yang berkhasiat untuk pokok. Saya beli 2 beg...belum abis lagi saya guna.


Saya beli juga pasu dan bunga Daisy...:D..semua nya berharga rm10 setiap satu. Pasu tu saya belum tanam apa-apa lagi...fikir nak letak bunga Rose Jepun...tapi macam rugi je letak tanah banyak-banyak untuk Rose Jepun. Jadi nampak nya kena cari anak pokok bunga lain la kut ni...:D

Manakala untuk minggu ni, pagi semalam saya ke pasar tani...memang niat dari rumah untuk beli pokok Orkid...dah banyak kali saya berkira-kira membeli secara online tapi takut pokoknya tidak berkeadaan baik. Yelah harga bukan 2 @ 3 ringgit..

 
Ini hasil semalam...semuanya RM 20, baja dan 2 pokok Orkid...yang besar tu dah berbunga tapi belum kembang...nanti saya tunjuk kemudian hari. Yang kecik tu RM 4...harap-harap menjadi lah hidup nya nanti.

Selain dari beli, saya dapat free beberapa pokok Orkid. Upah menjaga pokok semasa mak ayah saya tiada di rumah...hehehe




Kesemuanya 4 pokok...saya gunting dan susun sendiri dalam pasu...:D sekarang mood tengah happy sangat hari-hari tengok benda-benda baru ni...

Anak teruna dah sibuk ke kiri ke kanan...memang jelaous betul kalau nampak mama nya dengan iPad...die nak tengok nak tekan..dan macam-macam nak lah..okey sekian dulu.

9 comments:

  1. cuci mata dan cuci poket tu mmg wajiblah kalau pi nursery kan...tak adanya cuci mata saja,,hehe
    sy berkenan juga dgn orkod tanah (orkid nipah) org jual online tapi dah sold out.takda rezeki.

    ReplyDelete
  2. dapat pokok, hilang pening kan nadia...hehehe...hepi gardening...

    ReplyDelete
  3. memang betul Nadia, kalau dapat beli pokok baru..waaa..happy saja rasa..terapi minda.

    ReplyDelete
  4. Salam Nadia,

    Amboi terapi minda dia bukan main lagi kan?? Marvelous!

    ReplyDelete
  5. Samalah tempat kakak tanah tu pun RM10/- juga Nad. Minggu lepas abang ada belikan kakak 3 bag sebab kakak nak tanam pokok cili, halia dan kunyit. Ada lagi stu beg.

    Kakak tak sabar nak tengok pokok bunga orkid Nad tu berbunga. Kakak pun suka orkid.

    ReplyDelete
  6. Lama tak membeli pasu dan tanah tak tahu harganya.
    Mesti dah banyak koleksi orkid Nadia.

    ReplyDelete
  7. terapi paling saya suka,pergi nurseri. happy gardening nadia. :D

    ReplyDelete
  8. Salam Nadia,

    Kalau mood tengah down atau tak sihat, cuba ajak ke nurseri, mesti senyum dan hilang rasa sakit, kan! Ini cara terbaik untuk tak perlu banyak makan ubat!

    ReplyDelete
  9. Bunda dah lama tak beli tanah juga baja... Semalam baru abiskan tanah...gembur dan baja semula pokok pandan yang baru nak membesar...

    ReplyDelete