Mek Google

Monday, October 13, 2014

Pucuk Beko


Pokok besar


Pokok yang telah dipangkas


Pernah makan tak pucuk ni...kalau belah pantai timur ni kami panggil Pucuk Beko...rasa die lemak-lemak kelat sikit...boleh dimakan begitu sahaja atau dicelur. Ini pucuk saya kutip di kawasan umah mak ayah saya di kampung Kota Bharu Kelantan..masa raya Qorban yang lepas...kami buat ulam cicah budu...:D

Sumber Utusan

Menurut Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, buah beka juga baik untuk kesihatan kerana ia boleh mencuci darah.

``Memakan buah beka juga boleh membantu menambahkan susu ibu terutama bagi mereka yang baru lepas bersalin,'' ujarnya.

Tambah beliau, selain buahnya, rebusan daun beka jika diminum akan mengurangkan demam atau sakit kepala di samping boleh dijadikan mandian lepas bersalin.

``Untuk mendapatkan lebih kesegaran bagi ibu lepas bersalin, selain daun beka rebusan juga ditambah dengan campuran herba lain, termasuk serai wangi,'' jelasnya.

Kata Tajuddin, manakala akar pokok beka pula boleh melegakan demam, sakit atau pening kepala dan juga selesema.

``Akar beka yang dicampur sedikit air perlu ditumbuk halus sebelum ia dipupuk di kepala,'' ujarnya.


Artikel Penuh: 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

20 comments:

  1. pucuk xpernah makan...tp kalu buoh dio wak krabu...sedap

    ReplyDelete
  2. 1st tine dengar ulaman nie....mesti sedappppppp

    ReplyDelete
  3. Salam Nadia,

    Mak Aji biasa dengar namanya, cuma tak pernah makan.

    ReplyDelete
  4. Kami panggil pokok beka. Pucuknya selalu direbus buat ulam. Kacang dia selalunya di bakar dan dibuat kerabu juga. Orang cakap sedap tapi kak tak pernah makan pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul k.mala...mmg sedap tapi jarang ada Buah nya sekarang ni...jarang sgt dpt buat kerabu

      Delete
  5. Salam Nadia,

    I macam tak pernah tengok lah pokok ni.. buat masak lemak putih sedap tak agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh agaknya kne celur kn dulu sekejap...biasa saya mkn mentah pucuk yang plg muda...:D

      Delete
  6. Assalamualaikum Kak Nadia,
    1st time tahu pasal pucuk beko ni, thanks for the info :)

    ReplyDelete
  7. mmg sedap pucuk beko ni cicoh budu...kat pasar alor setar pun ada jual pucuk ni...kalu jumpa mmg tk miss, mesti beli punya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @na pucuk apakah beko tu,, hehe kita tak tau punn....

      Delete
  8. Baru tau pucuk beka boleh dibuat ulam mentah. Selama ni ingat buah je boleh dimakan.

    ReplyDelete
  9. Ada bentuk daun kaduk sikit
    Kakak tak pernah makan Nad. Tak tahu sebenarnya
    Kakak ni kalau tahu mesti nak cuba...

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terdelete pulak.....saya dah search khasiat ulam ni dan dah add in pada entry...mungkin dengan ulam ulaman ni...sakit-sakit urat lutut segala tidak berlarutan

      Delete
  11. Assalam Nadia .. K Mar 1st time kenal ulam ni

    ReplyDelete
  12. Tak pernah dengar nama pokok ni..hihi

    ReplyDelete
  13. Yup yup sy sebab orang kelate jadi panggil beko...bahasa buku beka...ada buah...nipis panjang bentuk dia mcm necktie gitu...biasa dibakar Dan di hiris halus buat kerabu

    ReplyDelete
  14. saper ada anak pokok beko nih yer? nk tanam ler, susah nk cari.emmm

    ReplyDelete