Mek Google

Tuesday, April 15, 2014

Ahli Baru (April 2014)

Assalamualaikum rakan-rakan blog mama,

Lagi cerita tertangguh, kehadiran ahli baru ke laman mini mama...:D


Mama membuat pesanan halia bara, benih-benih bunga...dan selebih nya pemberian ikhlas dari KBB...seperti Pokok Kiambang...benih Sunflower, dan bebawang Spider Lily

Tetiba tertanya-tanya...halia bara ni kita boleh makan untuk masak harian ke tak yer? Dan daun halia boleh digunakan dalam masakan tak?

Semasa melilau blog walking tadi...terjumpa khasiat halia bara yang mana kebanyakkan nya menyatakan sangat bagus untuk buang angin dan mengempiskan perut. Cuma bab daun sahaja mama tak dapat jawapan lagi...


Benih Zinnia Mixed, Balsam Pink dan Sunflower
 

Pokok Kiambang mama letak dalam besen dulu...tak sempat lagi ke nursery cari pasu yang sesuai...nanti kena bela ikan la kan...untuk elak jejentik...ke macam mana...nanti lah mama akan menggoogle lagi...:D
 
Semalam benih yang baru dipesan dari Tanamsendiri.com telah sampai....mama beli benih betik sekaki, terung sekaki, sawi-sawi pelbagai jenis, dan tomato...dan pagi ni sebelum ke office sempat la mama semai benih betik....harap-harap menjadi lah pokok betik nya...:D
 
 

12 comments:

  1. Halia bara tu makanan masa pantang... tumbuk dengan ikan bilis je.... daun2nya tak pernah dengar kegunaannya... mungkin kawan2 lain ada info

    ReplyDelete
  2. As salam nadia,
    Halia bara digunakan utk perubatan herba. Tak blh buat masak tau.. Kiambang tu nadia blh letak dlm pasu khas utk tmhn akuatik. Cari yg agak tinggi utk akarnya yg pjg. Kalau rendah, akar kiambang akn rpt ke dasar dn memenuhi pasu. Ikn peacock yg plg sesuai nk buh dlm ni.

    ReplyDelete
  3. Kiambang ni cpt membiak jika dpt nutrien yg cukup dn perlu dikawal. Jika penuh di permukaan pasu, ia akn membunuh ikn2 di dlm air.

    ReplyDelete
  4. terima kasih k.mar n en adry....nasib baik post entry ni cepat...kalu tak dah g beli pasu leper yang rendah...sy terfikir daun halia ni kut boleh digunakan sbgai pembangkit masa bakar ikan or ayam...tp x de plk info pasal ni

    ReplyDelete
  5. Banyak tetamu baru yg datang. Tak lama meriahlah rumah nadia - cantik jadinya
    Kakak suka tengok pokok kiambang tapi rumah kakak laman kecik tak bolehlah nadia.
    Porch pun dah sesak...

    ReplyDelete
  6. Nadia, cpt2 tnm bunga matahari tu...syok tgk bunga dia...unik n ceria..ok nadia caiyok!!!!hehehe

    ReplyDelete
  7. banyaknyer nadia benih2 tuh..inshaallah tanam sikit2 lama2 penuhlah laman tuh kan..dapatlah jugak merasa hasil nanti..inshaallah..

    ReplyDelete
  8. Meriah la kebun selepas ni ya....anika sayuran dan bunga2an...

    ReplyDelete
  9. As salam nadia,

    Ni link entri dan gmbr pokok ubi itik, http://adrydaud.blogspot.com/2013/05/kebun-kecil-tepi-pagar-ubi-itik.html

    ReplyDelete
  10. in shaa allah...akan di semai semua tu...terkejar2 juga ni...:D

    tq en adry...:D

    ReplyDelete
  11. Ikan guppy boleh dengan kiambang tu.

    ReplyDelete
  12. suka pokok kiambang...senang sangat membiaknye. :D

    ReplyDelete