Salam,
Kembali bersiaran mengenai pokok sayuran yang disemai. Kali ni bersiaran dibelakang rumah yang mana telah diusahakan oleh mama bersama bibik Napsiani...:D Ini kira Mini Edible Garden Mama
Batas pertama yang dibina dihujung pagar rumah...mula-mula dulu mama semai sawi dan kailan..penuh cambahan...nampak serabut..mama dah alih sawi pada batas baru. Terbaru mama dah ubah sruktur tanah sebab nampak tanah tak sehat..anak sawi dan anak kailan pun tak berapa subur...lepas dah ubah, tambah tanah gambut dan baja..mama tanam pokok lada, pokok ulam raja dan beberapa cambahan kailan...mama campur tanaman dalam satu batas untuk uji teknik buddy yang diajar oleh encik Iskandar dari blog tanamsendiri....harap-harap segar la dalam batas ni...tunggu lagi 2 minggu perkembangan nya...jika tak berkembang kena la ubah lagi....:D
Lepas tu bina 2 batas sawi pak choy....penuh dengan cambahan sawi sampaikan sawi terbantut...dan tempat ni gak kalau hujan, air turun..jd tanah mendap..then mama pun ubah batas nya ketepi sikit...mama baiki struktur tanah dengan taruk tanah organik, baja bokashi dan tanah pasir sedikit....kemudian mama susun semula anak-anak pokok campurkan sawi, anak tomato, ulam raja, dan lada dalam satu batas.
Yang dua batas ni pun batas sawi...batas ni subur sikit sawi mama tanam. Dah 2-3 kali harvest...even pendek tapi boleh la jadi lauk..sup sayur dan sebagai rencah dalam mee maggi, bihun sup..:D
Separuh sawi dah dituai...tak pasti batang yang ditinggalkan akan bercambah lagi..
Sawi tunggu masa untuk dituai..
Ini pula anak pokok lada..mama tak pasti pokok lada jenis kecik atau besar...sebab bibik kata dia campak je biji benih dah tak pasti benih jenis mana...Bila dah besar sikit mama alih ke tanah susun tepi-tepi pagar...then hiaskan dengan sabut. Kemas tak? Sabut ni mama mintak dengan Kak Long Pantry Ofis...terima kasih kak long...:D
Manakala batas ni asalnya mama tanam Bayam Bulat....hampir sebulan dah batas ni..tapi cambahan still kecik...tak pasti samada tanah terlalu mampat, atau kurang nutrien...cambahan bayam ni rapat-rapat....jadi mama ubah struktur tanah dan batas...tambahkan tanah baja organik...dan mama beli lagi batu bata..bina jadi segiempat tepat macam ni....besar la pulak...jadi mama tanamkan dengan anak pokok lain....cambahan bayam yg banyak-banyak dan rapat tu..mama buang..dah tak bole diselamatkan...:(
Ada ulam raja, daun bawang, kailan, tomato, bayam bulat, & bayam malabar.
Then yang terakhir sempat mama amik gamba pagi tadi...pokok kacang botor...suka sangat pokok ni makin membesar pabila dapat baja HB101 dengan baja hitam organik...ingatkan da tak bole diselamatkan selepas diserang sang belalang beramai-ramai bulan puasa lepas. Nampak nya...lepas ni kena prepare pancang untuk kacang botor ni sebab dah nampak pucuk sedang mencari pagar jiran untuk berpaut....:D
Okay dah panjang berjela bercerita....itu sahaja cerita buat masa ni..kita sambung lagi dikemudian hari.....:D
No comments:
Post a Comment