Mek Google

Loading...

Saturday, September 22, 2012

Diary Lobak Merah

Ini adalah kisah kehidupan sayur yang bernama lobak merah @ carrot...:D benih dibeli dari blog http://www.tanamsendiri.com/ 
Jom kita ikuti rentetan proses menanam nya..:D

6hb September 2012

Mama tanam beberapa biji benih carrot ke dalam pasu kecil. Semai dalam pasu lagi senang untuk monitor perkembangan sayur yang ditanam. Ia juga senang untuk dialih ke atas batas. Nanti batas akan lebih sistematik.


11hb September 2012

Setiap pagi dan petang mama akan siram semua sayur dan pokok bunga yang ada...tapi pada pagi ni..mama nampak ada cambahan dalam pasu carrot.halus jer..mcm juntaian rumpai...mama perhati betul-betul sebelum cabut...takut tersalah cabut plak...memang betul cambahan carrot.....alhamdulillah..dah bercambah...:D

22hb September 2012

Cambahan anak pokok carrot dah semakin besar...:D Semalam dah disembur dengan baja organik...Harap-harap cepatlah membesar!!!


Pasu semai pertama ada 4 cambahan

Pasu kedua ada 6 cambahan

1hb October 2012

Kesemua cambahan sudah dialih ke batas lobak merah. Beberapa cambahan baru telah tumbuh dan mungkin minggu depan boleh dialih pada batas.

No comments:

Post a Comment