Salam,
Hobi tanam-tanam bermula bulan July 2012...after dah settled down semua benda dalam rumah baru...tengok luar kawasan rumah kosong!..Jadi mama amik a few pokok bunga dari umah nenek..:D dan beli benih-benih sayuran. Seperti yang dijanjikan, mama dah snap a few gambar pokok-pokok yang berjaya mama tanam...cuma tunggu hasil nya sahaja...okey jom kita tengok!
Pokok Daun Kesum - Makin lebat daun..ini bibik yang tanam dari keratan yang diambil dari umah nenek. Mula-mula tak berapa nak hidup..lepas bayak kali siram baru la hidup dengan jayanya. Boleh la nanti wat masak asam pedas dan laksa penang!
Ini pulak pokok lada besar...ini benih dari lada yang dibeli kat pasar...bibik campak kat belakang rumah..menjadi pulak..mama alih pada pasu besar....tengah tunggu berbuah..tengok bunga dah ada tu..:D
Pokok tomato batch pertama...ada lagi 6 pokok...hasil benih buah yang dibeli kat pasar...dicampak oleh bibik kat belakang rumah..mama alihkan pada pasu besar...untuk elak dari dipijak..:D Harap-harap berbuah lah. Sekarang dah berusia hampir 2 bulan. Kena sentiasa membaja lepas ni untuk elak dari serangan serangga or ulat.
Nampak tak satu pokok dah diserang ulat...mama tengah usahakan hapuskan ulat..guna baja organik...mintak-mintak boleh hilang sebelum merebak ke pokok lain.
Anak pokok terung jenis bulat benih dibeli dari blog tanamsendiri. Sekarang ada 6 anak pokok. Usia hampir sebulan selepas bercambah. Lambat jugak pokok ni nak bercambah. Mama fikir dah nak give up aritu...tapi sehari sebelum buang..tengok ada cambahan...sungguh happy. Till today, daun pokok makin besar dan banyak. Kena rajin membaja dan baiki struktur tanah.
Okey ini sahaja pameran buat masa ini....akan dipamerkan lagi pokok-pokok lain....:D
No comments:
Post a Comment