Kali ini ingin bercerita mengenai semaian Bunga Balung Ayam...benih dibeli dari blog http://www.tanamsendiri.com/...Niat nya nanti nak tanam pokok bunga ni kat tepi pagar diselangselikan dengan bunga matahari. Insyallah...
6hb September 2012
Hari ini mama semai benih Bunga Balung Ayam. Mama semai dalam pasu kecil untuk memudahkan kerja-kerja pemantauan prosess percambahan benih. Benih nya sangat halus dan terpaksa gaul sedikit dengan tanah. Tanah mama gunakan campuran tanah baja hitam dengan tanah biasa.
11hb September 2012
Kelihatan cambahan benih bunga balung ayam..ada 5-6 cambahan. Alhamdulillah...harap-harap membesar dengan jaya nya. Lagi 3 minggu insyallah mama akan alih pada pasu yang lagi besar..sebelum dialihkan pada tanah.
22hb September 2012
Pertumbuhan cambahan anak pokok ni nampak perlahan selama seminggu ni....maybe kena taruk baja..tapi risau terlebih baja akan mati pulak...:|
22hb September 2012
Pertumbuhan cambahan anak pokok ni nampak perlahan selama seminggu ni....maybe kena taruk baja..tapi risau terlebih baja akan mati pulak...:|
Cambahan Balung Ayam (22hb September 2012)
29hb September 2012
Ingin dimaklumkan cambahan bunga balung ayam batch pertama mama terpaksa buang sebab kesemua nya layu menyembah bumi...:(
Tapi mama bernasib baik pada 19hb September lepas mama semai benih balung ayam batch kedua menggunakan tanah baja 100% organik yang dibeli kat pertubuhan peladang di Kijal. Selepas 3 hari cambahan keluar dan sehingga semalam cambahan dah keluar 3 daun utama dan segar...mama rasa benih bunga balung ayam ni sesuai dengan tanah baja organik 100% tanpa campuran lain. Ini kerana dengan penggunaan tanah jenis ini, cambahan nya sangat segar dan cepat membesar. Mungkin esok kalau ada daun ke 4..mama boleh alih pada pasu..:D
01hb October 2012
Ini update untuk semaian bunga balung ayam yang kedua. Mama dah alih pada pasu untuk mini kebun mama dan polibeg hitam untuk rakan-rakan. Mama sempat alih 7 anak pokok. Ada lagi tak sempat alih..mungkin esok lusa lah...:D Jom tengok pokok balung ayam yang dah keluar 4 daun....
Pokok pertama yang dialih
Pokok kedua
No comments:
Post a Comment