Mek Google

Tuesday, July 31, 2012

Sahur yang berselera

Sahur sahur sahur...ini menu sahur ahad lepas..mama try buat nugget sendiri..yang best nya..ayah kata macam nugget ramly! Hahahha marah tauke ramly..:p
Malam selepas terawih mama adun semua bahan untuk chicken nugget ni..kalau tak buat malam nyer takut tak sempat pulak bersahur....then time sahur bangun goreng aje...
Nasi Goreng Ikan Bilis & Nugget Ayam

Resipi chicken nugget ni mama dapat dari akak opis..kak hasniza...terima kasih banyak-banyak...dengan resipi ni...rasa nyer no more instant nugget lah lepas ni...mama akan buat sendiri..lagi sedap dan berkhasiat! Boleh reka-reka letak bahan macam-macam....cuma mama rasa lagi best letak mustard...ingat nanti nak beli...bole guna untuk buat burger sekali. 
Ok jom kita check resipi nya:

Bahan-bahan utama:

2-3 keping isi ayam dicincang (mama blend jer..sikit-sikit) or 1 pek ayam cincang yang dah diprocess
3 ulas bawang putih -ditumbuk lumat
sejemput lada hitam ditumbuk lumat - (serbuk pun boleh)
2 sudu makan breadcrumb - (nak guna conflakes pun boleh-ditumbuk halus)
1 sudu makan mayonis/mustard
secubit garam
1/2 biji bawang besar holland - didadu kecil-kecil
sedikit serbuk lada sulah

Bahan-bahan untuk celup:

sebiji telur
4 sudu makan breadcrumb

Cara-cara memasak:

1. Adun kesemua bahan utama sampai sebati.
2. Bentukkan adunan mengikut kreativiti masing-masing. Mama buat bulat-bulat leper je.
3. Celupkan dalam telur dan guling-gulingkan pada serbuk breadcrumb..
4. Kemudian boleh la goreng dengan api sederhana...lepas 10 mint boleh angkat dan ngap!

No comments:

Post a Comment