Mek Google

Loading...

Thursday, July 19, 2012

Creme Brulee In Ramekins

Yuhuuuu...akhirnya berjaya jugak upload gambar-gambar dalam blog nie...mama install browser lain firefox instead guna IE..rupanya nak browser lain..taknak IE..pesen lama kut tak support gambar-gambar..ntah lah..:p

Okey...awal bulan baru ni ada cuba resipi baru..cuba buat creme brulee guna ramekins yang dibeli bulan lepas..tapi ni dah resipi kedua guna ramekins..yang first buat something macam pie..chicken pie agak nya namanya...huhuh

Kesahnya creme brulee ni dah lama nak makan cuma tak sempat-sempat nak cuba...kebetulan adikku cik sara balik..so jadi semangat nak masak benda-benda alah ni...after lunch buat la creme ni...

Creme Brulee before touch up

Touch up dengan madu dan cinnamon..:D

Resipi diambil dari:

http://noreen-homecooking.blogspot.com

Bahan-bahan nya takde la susah maner..seme ada dalam dapur:

4 biji kuning telur
1 sudu besar gula kastor
600ml whipping cream
sedikit esen vanilla
sedikit madu dan cinnamon (utk hiasan atasnya)

Cara-cara nak membuatnya:

  • pukul telur dan gula hingga sebati
  • letak krim dlm periuk kecil buat secara double-boiler tapi pastikan air dlm periuk mendidih perlahan.
  • kacau supaya krim tidak hangus
  • bila krim jadi suam, masukkan campuran telur
  • kacau tanpa henti hingga pekat (pastikan air dibawah periuk mendidih perlahan)
  • masukkan sedikit esen vanila dan kacaukan supaya jadi sebati
  • tapiskan ke dlm 6 mangkuk ramekins. Tak guna ramekins pun boleh...taruk dalam bekas kaca yang tahan  panas atau loyang.
  • letak mangkuk dlm tin pembakar berisi 2.5cm air...bakar secara steam bath.
  • bakar dlm oven 140c selama 40 min
  • taburkan cinnamon...biar sejuk sebelum diletak dlm peti sejuk semalaman
  • resipi asal dari noreen-homecooking.blogspot.com taruk gula kastor dan digrill gula tu...tapi disebabkan malas nak grill, mama taruk madu sikit before nak mkn..rasanya sungguh nikmat!

No comments:

Post a Comment