Mek Google

Loading...

Wednesday, August 1, 2012

Koktail Custard Laici

Ini pencuci mulut ramadan yang ke - 11...nampak presentation ok je..tapi rasa custard tu tak boleh belah..hahhaha mama terlebih tepung custard lah...tapi habis juga semangkuk tu layan makan sejuk je masuk tekak..buah laici plak best bulat-bulat pejal...amik kat umah mak..brand Hosen kalu tak silap...

Resipi nya mama jumpa kat blog http://yatiememories.blogspot.com/2011/08/puding-kastad-laici.html . Cuma cara nak buat ajer berbeza sikit:

Bahan untuk Puding 
  • 1 cwn tepung kastard
  • 4 1/2 cwn air
  • Pewarna merah sedikit
  • 1/2 cwn susu cair - mama guna fresh milk
  • 1/2 cwn gula - mama guna gula perang 4 sudu makan
Cara-Cara 
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair, pewarna dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang. Mama gunkan ramekins.
  3. Kemudian mama kukus dalam 15 minit dan biarkan sejuk.
Bahan untuk Kuah 
  • 1 tin buah laici 
  • 1 tin susu cair - mama guna fresh milk
  • 1 tin air 
  • 1 1/2 sudu tepung kastard
  • 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..) - mama guna gula perang  4 sudu makan
  • ketulan ais secukupnya 

Cara-Cara 
  1. Masak dalam periuk gula, susu bersama air.
  2. Kacau tepung kastard dalam air sedikit. Kemudian masukkan dalam periuk dan kacau sebati selama 15 mint. (Perlu sentiasa kacau untuk elakkan berketul)
  3. Setelah rasa kuah berat sedikit tutup api dan biarkan sejuk.
  4. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur laici.
  5. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais. 
Taraaa ini hasil nya...kastard mama tu keras sikit rasa nya terlebih sukat tepung kastard dan kurang air/susu

Puding Kastard Berlaici

No comments:

Post a Comment