Mek Google

Loading...

Friday, May 10, 2013

Capsicum Merah Kuning

Assalamualaikum,

Dari berpuluh-puluh cambahan yang muncul...hanya beberapa anak pokok capsicum yang berjaya hidup dan membesar hari demi hari...mama alihkan anak pokok capsicum ni pada banyak tempat..antaranya ke dalam botol mintak...botol air mineral...dalam pasu..dan juga terus pada batas. Ada lah 5-6 anak pokok dah jadi arwah..ditangan awang Naufal...Selebihnya mama edarkan kepada rakan sepejabat yang berminat untuk cuba menanam.

Masuk minggu ini..usia pokok-pokok ni sudah sebulan 2 minggu. Mama dah bajakan sebanyak 2 kali dengan baja tahi ayam dan semburan HB 101. 

Anak pokok yang ini mama paling suka

Di patch ni ada 8 anak pokok...tapi 2 anak pokok dihujung sebelah sana ketot macam dah terbantut

Ini yang berada dalam botol mineral

Di barisan patch ni ada 3 anak pokok...hidup membesar dengan sekata sesuai kut dengan tanah.

Untuk pelbagaikan pokok lada/cili di laman kebun, mama ada semai beberapa biji cili solok, cili kulai king dan cilipadi jenis panjang. Tapi buat masa sekarang belum bercambah..akan dikongsikan cerita..jika semuanya berjaya hidup...:D

Ini pokok capsicum terdahulu...setelah patah..masih tumbuh tapi condong...nampak tengah berusaha berbuah...:D 

Ini mama tak pasti cili jenis apa...asalnya tumbuh sendiri dalam pasu Kailan..mama alihkan..sudah berbuah 3 biji..tapi buahnya kerekot dibawah..kenapa yer..terlebih baja kah?

20 comments:

  1. assalam.. banyaknya pokok cili... yang akak semai satu pun tak menjadi...terkial-kial nak hidup.. hanya bela yang orang lain tanam je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini last k.mar kalau x jd ingat nk mintak makcik depan umah mak sy semaikn...chili nya elok2

      Delete
  2. Teringat zamanabe aidan usia naufal..dialah tukang cabut pokok2 sy...heheh ..sabar yer nadia..cili yg last tuh bkn kulai king ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah mcm seronok...cabut dia angkat pokok tu sambil ckp2....erm x pasti...ni mungkin benih cili yg dibeli kt kedai..

      Delete
  3. bynye pokok nadia. seronok tgk. in sha Allah akan membesar bagai johan tuu

    ReplyDelete
  4. jeles pulak tengok pokok2 cili nadia ni......hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk lg ni dugaan...excited tgk membesar....mintak2 jd buahnya

      Delete
  5. tak larat dah saya nak tanam sweet pepper, bila buah besar lengan lalat buah akan serang, last2 buah tu
    tak pernah masak. nak masuk blog pun tak best. harap harap lepas ni boleh tengok le capsicum kuning/merah
    dari nadia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah...nk tunggu merah kuning tu x yakin...kuar hijau pun dh syukur sgt

      Delete
  6. wow suburnya.Alhamdulillah.Bayam tak boleh petik lagi ke?.kongsi tengok gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayam masih galak membesar...rasa nk biarkan dulu bg tinggi sikit

      Delete
  7. capsicum mmg susah nak tanam..lynn punya menjadi sekali jer..dpt mkn hasil sikit sgt.. lepas tu dia kering & mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah awal2 dulu berbuah sebijik then pokok nya mati..

      Delete
  8. salam nadia, kerekot kt bhg bwh...nmpk sexy plk lada tu...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe ala2 kaki melengkung penyanyi zaman2 dulu kan heheheh

      Delete
  9. Banyak jenis cili nak menunggu tuaiannya mesti colourful.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah kalau semua menjadi..semalam pun dapat anak pokok cili color2...belum ada masa lagi nak alihkan...

      Delete
  10. bestnya...menjadi nadia tanam cabai...ct tanam xpernah menjadi...satu pun xpernah tgk buah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg jadi ada yg tak...yg taknya mmg banyak heheh cuma tak tunjuk jer...cili kulai & cili solok langsung tak nampak kan diri...haih

      Delete